Jumaat, 7 Disember 2012

APAKAH ITU REIKI????








Reiki merupakan satu teknik penyembuhan tanpa melibatkan  jampi serapah, dan tidak menyeru pertolongan jin atau entiti dalam proses rawatan. Reiki bukannya “ILMU MISTIK”. Ia melibatkan penyaluran tenaga alam melalui diri pengamal terus ke pesakit dengan sentuhan atau tanpa sentuhan dengan hanya niat sahaja. Kita perlu tahu yang tenaga boleh dipindah-pindahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan. Jadi konsep Reiki sekadar memindahkan tenaga alam ciptaan Tuhan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya.
Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan.

Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut.

Salah satu tradisi Reiki yang diamalkan di dunia ini adalah “KUNDALINI REIKI”. Ia merupakan teknik Reiki yang paling mudah dipelajari tanpa melalui proses pembelajaran yang panjang, tanpa penggunaan teknik simbol dan posisi tangan seperti yang terdapat dalam Tradisi Reiki Usui. Founder kepada teknik ini bernama - Ole Gabrielsen yang berasal daripada Denmark.

 




Jadi Reiki bukanlah suatu yang “MISTIK” seperti sesetengah orang perkatakan. Reiki adalah anugerah Tuhan kepada kita agar kita berfikir dengan ciptaan-Nya. Reiki menceritakan tentang sains tenaga yang telah diperkatakan dalam Al-Quran sekian lamanya.

“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.” (An-Naml 27:88)

Mengapa Tuhan nyatakan gunung-ganang bergerak? Yang bergerak adalah atom-atom pada gunung itu. Gunung adalah bahan pepejal dan setiap atom yang membentuknya akan berlanggar di antara satu dengan lain. Pergerakkan ini melibatkan tenaga yang besar ciptaan Yang Maha Agung. Cuba bayangkan tenaga yang ada pada alam semesta ini. Banyak bukan?? Jadi tenaga inilah yang digunakan dalam tradisi Reiki. Jadi di mana salahnya??

Tuhan mencipta akal untuk berfikir, mata untuk memerhati, jadi anda boleh tentukan mana yang benar dan mana yang salah..

Sekian,

Sekadar berkongsi maklumat moga bertambah pencerahannya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...