Selasa, 12 November 2013

Attunement Jarak Jauh??


Sistem Reiki berkembang dan disebarkan dengan sistem penyelarasan atau attunement . Attunement adalah proses penyelarasan dan penghubungan tenaga pelajar dengan tenaga Reiki. Istilah attunement banyak dipakai oleh para Master Reiki dari dunia barat (dalam bahasa Jepun, disebut Reiju, yang bererti 'menerima tenaga')

Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut.

Attunement dapat dilakukan secara berhadapan atau jarak jauh oleh Master Reiki. Ada yang bertanya Bagaimana Attunement Jarak Jauh Berlaku??

Reiki bagi saya umpama kita berdoa. Contoh, saya doakan anda sihat sejahtera walaupun kita berjauhan, tenaga yang terbentuk daripada doa itu tadi akan “bersinergi” dengan alam ciptaan Allah (sunatullah). Tenaga doa itu tadi “bergerak” menyempurnakan maksud daripada doa itu tadi. Apa yang perlu dibuat adalah berdoa dan serahkan kepada Allah untuk menetukan sama ada ia termakbul atau tidak. Ini dipanggil tawakal.

Dari contoh di atas boleh disimpulkan attunement boleh dilakukan secara jarak jauh. Master Reiki hanya memasang niat (seperti doa tadi) dan biarkan sahaja tenaga Reiki melakukan kerjanya secara automatik. Tenaga Reiki bersifat pintar dan bertindak seperti apa yang diniatkan oleh pengamalnya.

Reiki amat mudah dipelajari dan diamalkan. Anda hanya perlu ikhlas dan yakin dengan ilmu yang dipelajari. Amalkan secara konsisten dan selalu bertanya guru jika tidak faham. Keberkatan ilmu dapat dilihat apabila kita faham dan amalkan sepanjang usia kita.

Moga anda dapat manfaatnya..

Yakin, Usaha, Pasrah




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...