Rabu, 13 November 2013

Nampak Jin Islam


Sepanjang kehidupan ini, beberapa kali juga saya pernah "nampak" secara live makhluk-makhluk ghaib. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan semasa pertama kali dapat melihat sesosok tubuh yang bergerak seakan-akan terapung di permukaan lantai.

Semasa itu waktu dalam pukul 6 petang. Hanya saya dirumah sambil menonton rancangan tv kegemaran. Tengah leka menonton, terasa sesuatu pada arah ruang tamu tengah. Saya memusingkan muka untuk melihat apa yang semacam tu????

Secara live di depan mata, saya melihat sesosok tubuh tinggi lebih kurang 8 kaki. Memakai jubah berwarna putih bersih hingga menutup kakinya. Wajahnya berwarna seakan-akan hijau dan ada tompok-tompok darah merah. "Beliau" seakan-akan terapung di permukaan lantai dan bergerak sedikit demi sedikit ke arah dinding. Tiba-tiba!!

Secara tiba-tiba, "beliau" berhenti dan merenung ke arah saya dengan senyuman. Saya kaget dan terdiam. Mulut bagai terkunci. Hanya mata yang mampu dibuka sambil merenung ke arahnya. Untuk beberapa detik itu, terasa terlalu perit. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya di waktu itu.

Selepas beberapa detik, "beliau" bergerak kehadapan dan hilang begitu sahaja. Saya apa lagi, memulakan langkah seribu pergi keluar rumah. Seluruh tubuh mengigil dan peluh membasahi diri saya walaupun hari agak dingin. 

Yang peliknya, kenapa "beliau" tersenyum kepada saya?? Kalau nak lalu, lalu saje le.. Daripada cakap-cakap orang tua yang arif, "beliau" yang saya maksudkan berkemungkinan jelmaan jin yang menjadikan rumah saya itu sebagai "transit" laluan pejalanannya. Ada juga yang menyatakan, "beliau" adalah jin yang menjadi "sahabat baik" arwah atuk saya yang hendak mencari penganti sebagai kawan kononnya.

Saya harapkan tidak akan berjumpa lagi dengan "beliau". Cukuplah pengalaman melihat secara live "beliau". Saya sekadar berkongsi pengalaman.

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk buang jauh-jauh.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...