Isnin, 18 November 2013

Membuat Air Penerang Hati


Semasa hampir dengan waktu untuk ujian atau peperiksaan mesti kita pernah minum air penerang hati. Ustaz-ustaz akan dicari untuk mendoakan anak-anak agar boleh menjawab soalan dan air penerang hati adalah sebagai ikhtiar. Solat hajat juga kadang-kadang sering diminta para ustaz ini untuk buatkan walhal sebenarnya empunya diri yang perlu melakukannya.  

Tidak kurang juga ada yang sanggup berjumpa bomoh-bomoh untuk melakukan perkara yang serupa. Jika ditanya, mesti jawabnya sebagai usaha katanya. Yang penting pilihlah pengamal perubatn alternatif yang mengamalkan cara hidup ISLAM yang sebenar. 

Insya-Allah kita akan mendapat berkat.

Namun begitu jika diminta mencari yang ISLAM, mesti buat muka "seposen" kerana mereka ini pasti akan ditanya tentang solat cukupkah? amalan sunat dibuatkah? Kerana sebenarnya, perubahan diri sendiri yang perlu bagi mencapai apa sahaja yang dihajati. Jika nak lulus ujian, belajarlah. Jika nak kaya, usahalah. 

Air penerang hati sebenarnya boleh dibuat sendiri tanpa diminta sesiapa pun membuatnya. Ianya semestinya percuma. 
  • Ambil sebotol air masak.
  • Bacakan selawat 100 kali.
  • Jika ada masa, bacakan ayat-ayat al-quran dan niat memasukkan energy quran kepada air sebagai "asbab" penerang hati. 
  • Jika tiada masa, dekatkan botol air ke komputer dan putarkan bacaan ayat suci al-quran. Sambil-sambi tu boleh le dengar sekali.
  • Setiap kali hendak minum, baca selawat semampunya minimum 7 kali.
Mudah bukan??

Anda tidak perlu berjumpa orang lain untuk buatkan air penerang hati untuk anda. Untuk lebih mujarab, amalkan solat hajat dan banyakkan membaca al-quran. Tidak kira surah apa pun asalkan anda baca dan resapilah tenaga al-quran ke dalam diri anda.

Di dalam Reiki juga ada diajar cara membuat air penerang hati. Ia juga bukan sekadar untuk menerangkan hati tapi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan maksud mengikut kehendak kita antaranya sebagai pedinding rumah, melembutkan hati suami dan lain-lain lagi.

Pengalaman saya dulu, saya amalkan minum air penerang hati sebulan sebelum peperiksaan disamping banyakkan bacaan al-quran dan jika tiada masa dengar bacaan al-quran. Lakukan setiap hari tanpa henti. Semasa menjawab soalan, rasa seperti mudah. Hati jadi tenang dan bersemangat untuk menjawab sehinggakan saya meminta kertas jawapan lebih untuk menjawab walhal soalanya susah. Saya seolah-olah diberikan jawpan mencurah-curah daripada Tuhan. 

Moga anda mendapat ikhtibar.. Insya-Allah







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...