Ahad, 13 September 2015

KUNDALINI REIKI ILMU TANPA SIMBOL

Salam muafakat kepada anda semua.. Moga anda gembira dan ceria dalam apa jua situasi anda hendaknya..


Reiki merupakan ilmu berkaitan tenaga alam semesta.. Ia diamalkan sejak bertahun-tahun yang lalu sehingga ilmu Reiki dicipta dengan pelbagai variasi.. Kundalini Reiki merupakan salah satu variasi yang dicipta oleh mahaguru terdahulu..

Kelebihan Kundalini Reiki yang ketara adalah tiada penggunaan simbol sama sekali.. Anda hanya perlu relax dan santai serta berniat mengikut keperluan anda di waktu itu.. 

Contoh mudah "Saya mengalirkan tenaga kundalini reiki kepada Ahmad.. Terjadilah3x". Relax dan santai sahaja.. 

Berbanding ilmu-ilmu Reiki yang lainnya, anda terpaksa menghafal beberapa simbol tertentu sebelum dapat menggunakan tenaga Reiki.. Malah ada satu variasi Reiki yang menggunakan pelbagai simbol bagi mewakili satu-satu penyakit.. 

Tahukah anda bahawa tenaga dapat dimanipusasi untuk apa jua tujuan mengikut kehendak anda?? Dalam Kundalini Reiki anda akan diajar cara menggunakan tenaga alam semesta untuk pelbagai tujuaan terutamanya untuk kesihatan dan kelancaran rezeki..

Manipulasi di sini bukan bermaksud untuk tujuan jahat tetapi Kundalini Reiki hanya boleh digunakan untuk tujuan yang murni dan yang baik-baik sahaja..

Jika anda berniat untuk tujuan kejahatan maka tenaga anda sendiri yang akan digunakan untuk berbuat demikian dan ia semestinya sangat minima.. Dengan kata lain anda akan cepat letih dan tidak bermaya.. 

Berbanding untuk tujuan yang baik, Kundalini Reiki dapat digunakan dengan mudah dan anda tidak akan sama sekali merasa letih malah anda akan lebih bertenaga.. Ini yang membezakan Kundalini Reiki dengan lmu tenaga dalam..

Apa yang dapat disimpulkan pada entri kali ini adalah :
  1. Kundalini Reiki tidak menggunakan simbol.
  2. Kundalini Reiki hanya mengunakan niat pengamal sahaja.
  3. Kundalini Reiki hanya boleh digunakan untuk kebaikan sahaja.
  4. Kundalini Reiki boleh diaplikasikan untuk pelbagai tujuan dalam hidup kita.
  5. Kundalini Reiki adalah anda variasi Reiki yang mudah dan senang untuk dipelajari.
Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Jumaat, 11 September 2015

ATTUNEMENT REIKI 3 MASTER

Salam muafakat kepada semua.. Moga beroleh kejayaan dan kekayaan setiap hari..

Baru-baru ini saya telah memberikan attunement kepada 3 orang secara hadir diri.. Kelas berlangsung dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari.. Pelbagai ilmu yang dikongsikan terutama teknik terapi aura Reiki.. 

Untuk pengetahuan semua, Reiki bukan sahaja boleh diaplikasi untuk tujuan perubatan dan kesihantan tetapi Reiki juga boleh digunapakai untuk pelbagai tujuan.. Ia bergantung kepada kreativiti anda sebagai pengamal.. Malah saya akan ajar anda pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk apa jua tujuan anda, semestinya tujuan yang baik-baik sahaja..

Berikut adalah gambar-gambar kenang-kenangan semasa seisi pembelajaran :





3 orang pelajar berkenaan bernama :
  1. Master Rohaniza Bt Chumain
  2. Master Nor Ema Bt Chumain
  3. Master Suhaila Bt Rosni

Selepas attunement berlangsung ada yang merasa getaran di tapak tangan dan panas seperti menjalar seluruh tubuh. Ia perkara normal bagi pengamal Reiki namun begitu kadang kala ada juga yang tidak merasa apa-apa.. Ini kerana "rasa" itu sangat bergantung kepada kepekaan seseorang dan sejauh mana ia pasrah semasa attunement berlangsung..

Meraka juga mendapat beberapa modul tambahan antaranya :
  1. Mempelajari teknik mudah penyembuhan diri bagi yang super sibuk.
  2. Mempelajari teknik super ball meraih kesenangan dan kekayaan.
  3. Mempelajari potensi tarikh lahir.
  4. Saya akan scan aura dan energy tubuh anda dengan percuma. 
Malah banyak lagi akan dikongsi di dalam kelas mengikut kesesuaian diri anda menerimanya.. Cepat-cepat hubungi saya untuk mempelajari teknik aura Reiki sebelum mahar dinaikkan selepas ini.. Cepat bertindak, jangan lepaskan peluang anda..

Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..







Sabtu, 5 September 2015

BELAJAR LAGI

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya telah menghadiri satu kursus "Master Metafizik" daripada Reiki Malaysia iaitu Master Hisham (Guru Lama Saya).. Banyak ilmu yang dikongsikan oleh Master Hisham.. 

Antara ilmu-ilmu yang dikongsikan di dalam kelas ini adalah ilmu melihat aura, teknik duplikasi, teknik I'M  A BOSS, applied kinesiologi multi fungsi, ilmu numerologi asas, ilmu haq inti diri dan banyak lagi..

Rasanya tidak cukup masa separuh hari yang diberikan bagi berkongsi ilmu-ilmu ini.. Malah kami langsung tidak merasa masa berlaku bergitu cepat..

Beikut adalah gambar-gambar kenang-kenagan :








Sekian..

Yakin, Usaha, Pasrah..



REIKI ILMU YANG MUDAH DIPELAJARI

Assalamualaikum..

Moga anda dan kita semua beroleh kejayaan dunia akhirat..

Saya masih dan akan terus mendalami ilmu reiki selama masih bernyawa ini.. Ini adalah minat saya.. Ia bukan semata-mata kerana wang.. Insya-Allah selama masih bernyawa selama itu saya akan terus berkongsi ilmu dan akan membuka ruang kepada peminat ilmu energi untuk belajar dan mendalami ilmu dari Tuhan Maha Besar ini..

Reiki adalah antara beribu ilmu-ilmu energi yang muncul di dunia ini.. Berbanding ilmu-ilmu energi yang lain, Reiki adalah ilmu yang amat mudah dipelajari dan didalami.. Anda boleh mempelajarinya dengan hadir diri atau secara jarak jauh.. 

 Ia tidak akan menggangu proses hidup mati anda.. Sebab ada yang bertanya sama ada Reiki akan menggangu semasa kematian kelak.. Ia tidak akan menyusahkan anda untuk meninggalkan dunia ini. Ia bukan ilmu hitam dan tidak perlu sebanrang ritual atau pemujaan untuk mempelajarinya.

Reiki ilmu yang amat mudah dan senang untuk dipelajari.. Anda akan dibekalkan manual ilmu dan ia adalah sebagai rujukan untuk anda.. Anda baca dan hadam manual ini.. Tidak perlu hafal untuk "exam".. Hanya fahami sahaja..

Anda akan dibimbing sehingga anda faham dan saya tidak akan tinggalkan anda seorang diri.. Anda hanya perlu bertanya dan jangan diam sahaja jika tidak faham.. Jika banyak bertanya maka luas pengalaman dan ilmu anda..

Reiki ilmu yang mudah, Pelajarinya untuk kemudahan anda dalam kehidupan..

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...