Khamis, 30 Januari 2014

Rezeki-Rezeki Yang Hilang


Saban hari kita dibebani dengan kenaikan harga barang-barang keperluan. Gaji tetap tidak berubah tetapi harga barang makin mahal. Perbezaan ketara kita rasa sejak akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang mengeluh dan mula menyalahkan 'kerajaan'. 1001 hujah dan alasan yang diberikan untuk meluah rasa 'kecewa' di dalam diri. Ceramah berunsur politik diadakan semata-mata hendak mengata 'kerajaan'. Perasaan marah menyelubungi diri semata-mata tidak puas hati. Jiwa memberontak. Mulut kita tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata negatif, kita mengata dan terus mengumpat. Jika ditegur pasti dihembur dengan kata-kata yang menyakitkan hati.

Hentikan semua itu!!!! Hentikan perbuatan sia-sia ini!!!!

Semakin anda melakukan perbuatan di atas semakin anda akan miskin. Percayalah saya. Setiap kata-kata atau perbuatan NEGATIF yang kita buat menarik setiap perkara negatif yang lainnya. Makin kerap kita menumpukan perhatian pada perkara NEGATIF maka semakin kita akan berjumpa dan berdepan dengan hal-hal yang menyusahkan kita.

Ini berkait rapat dengan minda bawah sedar kita. Minda bawah sedar akan 'terprogram' dengan perisian tertentu apabila ia dapat merakam apa sahaja yang ada disekelilingnya. Tidak kira Negatif atau Positif. Lihat kembali tulisan saya berkaitan Law Of Attraction ( hukum tarikan) KLIK DISINI.

Jika anda berfikiran POSITIF maka setiap tindakan anda akan menjurus kepada hal-hal yang baik-baik sahaja. Jangan biarkan diri anda diselubungi oleh perkara yang tidak baik. Buang jauh-jauh fikiran NEGATIF itu. 

"Anda adalah apa yang anda fikirkan".

Rezeki kita telah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi tetapi kita disuruh untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan rezeki itu. Jika berusaha lebih, akan dapat lebih. Jika malas dan hanya mengharap tanpa usaha, kita akan ketinggalan.

Rezeki yang hilang ini tidak selamanya hilang tetapi dapat 'dijemput' kembali. Caranya kembali kepada Allah yang Maha Pencipta. Semakin kita jauh dari-Nya makin menjauh rezeki yang datang. Kalau ada pun kita akan merasakan tidak pernah puas dan tidak pernah cukup.

Antara amalan mudah 'menjemput' kembali rezeki yang hilang adalah:

  • Bertaubat dan beristighfar sebanyak-banyaknya.
  • Lakukan amalan wajib seperti solat fardu, puasa, zakat dan lain-lain serta perbaiki agar bertambah mutunya.
  • Banyakkan berselawat siang dan malam setiap hari.
  • Lakukan solat sunat Dhuha dan Tahajud secara istiqomah.
  • Jangan mengata dan mengumpat orang lain.
  • Eratkan siratulrahim dengan orang sekeliling.
  • Berfikiran positif dan bersangka baik kepada Allah.
  • Banyakkan bersedekah setiap hari semampunya.
Amalan-amalan ini biasa kita dengar tetapi jarak kita buat. Amalkan mulai sekarang dan berubah menjadi orang yang KAYA jiwa dan KAYA harta agar kita berjaya di dunia dan akhirat. Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...