Rabu, 1 Januari 2014

ILMU BAGI PEMULA


Salam sejahtera untuk semua moga pemulaan tahun 2014 ini dilimpahi rezeki yang berkat daripada Allah.  Ketenangan hati perlu dicari dan ia hanya akan hadir jika anda dekat dengan Maha Pencipta. Rezeki yang melimpah ruah tanpa ketenangan umpama pohon rendang yang berbuah lebat tetapi buahnya tidak bisa dimakan. Busuk dan berulat. Itulah perumpamaan jika seseorang  berharta tetapi selalu sahaja tertekan dengan seseorang yang biasa-biasa tetapi cukup segalanya. Hati tenang tiada tekanan.


Rasa tenang jika berharta,
Hidup tenang tiada ganti,
Berjalan dibumi yang melata,
Mencari ketenangan di sana nanti.


Cukup dulu mukadimah di awal tahun ini. Berbalik kepada tajuk entri kali ini iaitu “ilmu bagi pemula”. Pemula adalah seseorang yang baru di dalam satu-satu lapangan. Di dalam konteks ini, saya menjuruskan kepada seseorang yang baru untuk mengenal dunia berkaitan ilmu tenaga.

Sebagai pemula anda perlu terlebih dahulu mempersiapkan diri dengan satu ilmu yang sangat penting iaitu “ilmu mengenal diri”.  Anda perlu kenal diri anda dan pencipta anda baru anda layak untuk mendalami ilmu berkaitan tenaga tapi mengapa?

Tenaga bersifat ghaib. Jadi anda perlu mengenal pencipta perkara ghaib iaitu ALLAH. Perkara-perkara ghaib jika tersalah tafsir membawa erti yang berlainan. Saya bukanlah pakar dalam hal-hal sebegini tetapi sekadar memperingatkan kepada anda dan diri saya sendiri. Anda perlu belajar dengan yang pakar untuk mengenal diri anda sendiri barulah anda akan kenal siapa Maha Pencipta.

Ilmu tenaga adalah sebahagian ilmu Allah. Ia umpama setitik air laut. Terlalu luas ilmu ini. Jika anda belajar satu bahagian daripadanya, pada bahagian lain ia masih lagi lompang. Mencari ilmu tiada had masa dan penamatnya. Jika ada seorang Master Ilmu Tenaga, anda juga perlu belajar dan terus belajar. Tiada nohtah dalam menuntut ilmu.

Ia bukan lah ilmu yang sukar. Jika ada kenal diri maka dengan sendirinya anda kenal siapa Maha Pencipta. Ilmu ini membawa anda kenal siapa makhluk dan siapa “kholiq”. Dengan itu, anda tidak akan sombong dengan ilmu yang dimiliki. Anda perlu serahkan segala kelebihan kepada Allah. Jika anda mampu mengubati seseorang, maka serahkan kelebihan itu kepada Allah. Allah Maha Penyembuh dan bukannya anda. Ini adalah sebahagian ilmu mengenal diri.

Kelebihan yang berlaku sekadar mengwujudkan keyakinan kita kepada Allah. Menguatkan iman dan menjauhi syirik. Reiki juga begitu. Ilmu Reiki membawa anda kenal siapa diri anda dan Allah. Kelebihan yang ada diserahkan kembali kepada Allah. Konsep “PASRAH” diamalkan didalam pengamalan Reiki. Di dalam Islam kita sebut “TAWAKAL”. Ada yang mengatakan ia berbeza tetapi ia membawa maksud akhir yang sama. Anda tiada apa-apa. Anda tiada daya dan upaya melainkan kepada Allah jua anda serahkan segalanya.

Moga anda dan saya beroleh rahmat dan berkat daripada-Nya.


Yakin, Usaha, Pasrah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...