Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengalaman. Papar semua catatan

Selasa, 22 April 2014

GANGGUAN KE??


Salam untuk semua..

Baru-baru ini saya mendapat mesej daripada seseorang meminta saya melakukan rawatan kepadanya. Beliau wanita berumur 35 tahun. Masalah rumahtangga dimana suaminya berusia 41 tahun  sering jauh hati dan mempunyai hubungan dengan seorang janda. Suaminya sering marah-marah dan hubungan tidak harmoni. 

Wanita itu meminta saya untuk "scan" dirinya dan suami sama ada terdapat gangguan jin @ syaitan. Mungkin sebab kesian setelah dirayu, saya melakukan aktiviti "scan" kepada mereka sekeluarga. Pertamanya saya bertanya amalan-amalan wajib sama ada cukup atau tidak. Seperti diduga, amalan mereka masih lompong.

Setelah di "scan", saya dapat mengesan sesuatu yang menggangu pada cakhra mahkota keduanya.. Jika cakhra mahkota terganggu menyebabkan Individu tersebut cenderung mempunyai perasaan kecewa, putus asa dan hampa.

Suaminya juga mengalami gangguan di cakhra seks menyebabkan Individu tersebut cenderung memiliki personaliti yang panas baran, suka memanipulasi untuk kepentingan diri, seorang yang suka mengongkong orang lain, berfikiran negatif & tertutup malah sering kelesuan.

Sama ada keluarga itu mengalami gangguan jin atau tidak, biar terpulang kepada Allah menentukan. Akhirnya saya buat keputusan tidak masuk campur tetapi saya berikan juga nombor telefon kawan saya untuk rawatan KLIK SINI 

Nasihat saya, kita jangan cepat menyatakan diri diganggu oleh makhluk itu, makhluk ini tetapi kita perlu muhasabah diri sendiri. Periksa sama ada hubungan kita dengan ALLAH terjaga atau tidak. Jangan cepat beranggapan buruk. 

Moga kita mendapat sedikit ikhtibar..Insya-Allah..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Jumaat, 17 Januari 2014

PENGALAMAN BERTARUNG DENGAN JIN


Saya bukanlah Juru Sembuh atau Pengamal Perubatan tetapi sekadar mengamalkan ilmu yang tidak seberapa ini. Baru-baru ini saya menolong seorang 'pesakit' yang saya bagi nama S.

S mengadu sakit badan dan lemah sehingga sukar membuat kerja rumah. Kadang-kadang S sering sakit pada bahagian perut. Sakit macam dicucuk-cucuk terutama di waktu 'datang bulan'. Ada kalanya S sukar untuk berjalan. Seakan-akan berat sahaja langkah ketika di atur. Sebagai ikhtiar, S meminta bantuan saya untuk 'meringankan' bebannya.

Saya sekadar membantu, jauh sekali menyembuhkan. Kesembuhan adalah hak mutlak Allah semata-mata. Saya sekadar berikhtiar dan mengamalkan setitik ilmu yang dianugerahkan-NYA. Pada pemulaan, muka S agak pucat.

Saya memulakan 'rawatan' dengan  membuat pedinding dan pasrah kepada Allah. Saya 'alirkan' tenaga ke tubuh S. Secara perlahan-lahan dan santai. S pada mulanya diam dan tidak bergerak. Minit pertama tiada apa-apa perubahan. Saya kuatkan aliran tenaga. Lebih kurang 5 minit kemudian, S mula memberi respon. Badan S bergigil. Saya tetap meneruskan 'rawatan' tanpa mempedulikan apa yang berlaku.

Badan S kian bergigil. Nafasnya makin kencang dan tersekat-sekat umpama kerbau kena sembelih. Selepas lebih kurang 10 minit saya 'alirkan' tenaga, cakra ajna saya mula bergetar. Saya mendapat 'isyarat' dan mulai nampak 'sesuatu'.

Seperti ada satu makhluk di bahagian 'kelangkang' S. Makhluk itu menjelirkan lidah seperti ingin mengisap sesuatu. Gerun juga di waktu itu. Tapi saya kuatkan hati dan tawakal kepada Allah. Saya mendapat ilham dan membina satu lembing di 'alam getaran ' dan melembing makhluk tersebut. Lembing pertama tidak membuahkan hasil. Saya buat lembing kedua dan ketiga tetapi tetap hampa. Makhluk tersebut seakan dapat menangkis serangan saya.

Saya tidak berputus asa. Saya terus membuat lembing yang keempat tetapi kali ini saya ilhamkan lembing berapi yang membara-bara. Saya terus melembing makhluk terkutuk tersebut. Dengan takdir Allah, sewaktu saya mula melembing makhluk itu, azan pun berkumandang. Makhluk itu menjerit dan terus ghaib. Hanya Allah jua yang Maha Berkuasa.

S mulai sedar dan tidak bergigil lagi. S berkata sewaktu saya memberi rawatan, terasa peha kanan terlalu berat seperti dihimpap sesuatu. Selepas rawatan, S terasa segar. Kaki kanan tidak berat lagi. Nafas mulai normal. Syukur pada Allah.

Saya mungkin perlu memberi 'rawatan' susulan kepada S kerana makhluk seperti jin dan syaitan tidak pernah berputus asa. Mereka menunggu masa kita lalai dan terus menyerang tanpa kita ketahui. Insya-Allah kita doakan S akan kembali sihat seperti sedia kala.

Cerita di atas sekadar perkongsian pengalaman. Ia adalah kisah benar. Hanya kepada Allah jua segala pujian dan Dia Maha Mengetahui segalanya.

Sekian dulu,

Yakin, Usaha, Pasrah..






Khamis, 9 Januari 2014

KONFLIK SEORANG PELAJAR REIKI



Salam semua..

Di atas saya paparkan satu email yang saya dapat baru-baru ini dari seorang yang pernah belajar Reiki. Beliau saya namakan Encik A.

Encik A telah menerima atunement Reiki daripada seorang Master Reiki (Otai katanya).. Beliau pada mulanya mengambil atunement secara hadir diri dan hanya bersembang dengan Master Reiki selama 5 jam tanpa apa-apa attunement dilakukan. 

Jadi apa sebenarnya berlaku yee??
Adakah Encik A telah ditipu??

Sebelumnya saya terangkan dulu apa itu attunement? Attunement adalah 'penyelarasan' yang dilakukan seorang Master Reiki kepada pelajarnya. Attunement dilakukan untuk 'membersihkan' laluan pada chakra utama bagi memudahkan pengaliran tenaga Reiki berlaku. Ketujuh-tujuk chakra utama akan dibersihkan secara total. Ia dilakukan dengan cara bermeditasi. 

Pelajar akan bermeditasi selama minimum 25 minit dan Master Reiki akan melakukan 'penyelarasan' kesemua chakra-chakra utama. Dalam keadaan ini, pelajar yang PEKA akan mengalami sensasi-sensasi tertentu mengikut kePEKAannya seperti rasa semutan, getaran, hangat dan lain-lain rasa serta ada juga tidak mengalami apa-apa sensasi (bergantung kepada peka atau tidak anda pada tenaga).

Kombinasi meditasi dan niat membolehkan tenaga Reiki ber'jalan' secara automatik bagi membersihkan kesemua chakra. Cuma yang menjadi masalah pada Encik A, adakah dia melakukan kombinasi keduanya? Adakah Master Reikinya memberikan panduan dan cara melakukannya?

Ini yang menyebabkan segelintir Master Reiki yang bersungguh-sungguh mengajar Reiki 'terpalit lumpur'. Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. 

Kepada pelajar dan bakal-bakal pelajar Reiki sekalian, saya nasihatkan anda mencari Guru Reiki yang benar-benar mempelajari, mengajar dan mengamalkan Reiki dalam kehidupan seharian. Bukan sekadar duit yang menjadi taruhannya.

Berikut adalah panduan memilih Guru / Master Reiki anda :

  • Laman Web atau Blognya perlu AKTIF dan selalu DIUPDATE - minima 1 @ 2 bulan update
  • Boleh belajar secara jarak jauh dan hadir diri - ada yang takut nak bersemuka
  • Yuran yang berpatutan - tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal
  • Ada manual di berikan sebagai panduan 
  • Master mempunyai facebook dan tengok profailnya - dah kenal baru boleh percaya
  • Pembelajaran berterusan - ada jaminan belajar secara berterusan selepas habis kursus
  • Tengok cara Master Reiki melayan anda melalui mesej di telefon atau facebook - buat perbandingan
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan sebagai panduan kepada semua agar tidak mudah tertipu. Belajar Reiki amat-amat mudah semudah belajar ABC tetapi yang sukar adalah mengamalkannya di dalam kehidupan seharian. Hari ini anda boleh jadi MASTER REIKI tetapi tiada jaminan 10 tahun lagi anda tetapi ingat ilmu REIKI itu sendiri. Ilmu tanpa amalan umpama orang bodoh dan jahil.

Kepada Encik A diharap jadikan panduan dan teruskan mempelajari Reiki. Saya sedia membantu jika ada masalah. Insya-Allah..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..






Isnin, 18 November 2013

Membuat Air Penerang Hati


Semasa hampir dengan waktu untuk ujian atau peperiksaan mesti kita pernah minum air penerang hati. Ustaz-ustaz akan dicari untuk mendoakan anak-anak agar boleh menjawab soalan dan air penerang hati adalah sebagai ikhtiar. Solat hajat juga kadang-kadang sering diminta para ustaz ini untuk buatkan walhal sebenarnya empunya diri yang perlu melakukannya.  

Tidak kurang juga ada yang sanggup berjumpa bomoh-bomoh untuk melakukan perkara yang serupa. Jika ditanya, mesti jawabnya sebagai usaha katanya. Yang penting pilihlah pengamal perubatn alternatif yang mengamalkan cara hidup ISLAM yang sebenar. 

Insya-Allah kita akan mendapat berkat.

Namun begitu jika diminta mencari yang ISLAM, mesti buat muka "seposen" kerana mereka ini pasti akan ditanya tentang solat cukupkah? amalan sunat dibuatkah? Kerana sebenarnya, perubahan diri sendiri yang perlu bagi mencapai apa sahaja yang dihajati. Jika nak lulus ujian, belajarlah. Jika nak kaya, usahalah. 

Air penerang hati sebenarnya boleh dibuat sendiri tanpa diminta sesiapa pun membuatnya. Ianya semestinya percuma. 
  • Ambil sebotol air masak.
  • Bacakan selawat 100 kali.
  • Jika ada masa, bacakan ayat-ayat al-quran dan niat memasukkan energy quran kepada air sebagai "asbab" penerang hati. 
  • Jika tiada masa, dekatkan botol air ke komputer dan putarkan bacaan ayat suci al-quran. Sambil-sambi tu boleh le dengar sekali.
  • Setiap kali hendak minum, baca selawat semampunya minimum 7 kali.
Mudah bukan??

Anda tidak perlu berjumpa orang lain untuk buatkan air penerang hati untuk anda. Untuk lebih mujarab, amalkan solat hajat dan banyakkan membaca al-quran. Tidak kira surah apa pun asalkan anda baca dan resapilah tenaga al-quran ke dalam diri anda.

Di dalam Reiki juga ada diajar cara membuat air penerang hati. Ia juga bukan sekadar untuk menerangkan hati tapi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dan maksud mengikut kehendak kita antaranya sebagai pedinding rumah, melembutkan hati suami dan lain-lain lagi.

Pengalaman saya dulu, saya amalkan minum air penerang hati sebulan sebelum peperiksaan disamping banyakkan bacaan al-quran dan jika tiada masa dengar bacaan al-quran. Lakukan setiap hari tanpa henti. Semasa menjawab soalan, rasa seperti mudah. Hati jadi tenang dan bersemangat untuk menjawab sehinggakan saya meminta kertas jawapan lebih untuk menjawab walhal soalanya susah. Saya seolah-olah diberikan jawpan mencurah-curah daripada Tuhan. 

Moga anda mendapat ikhtibar.. Insya-Allah







Rabu, 13 November 2013

Nampak Jin Islam


Sepanjang kehidupan ini, beberapa kali juga saya pernah "nampak" secara live makhluk-makhluk ghaib. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan semasa pertama kali dapat melihat sesosok tubuh yang bergerak seakan-akan terapung di permukaan lantai.

Semasa itu waktu dalam pukul 6 petang. Hanya saya dirumah sambil menonton rancangan tv kegemaran. Tengah leka menonton, terasa sesuatu pada arah ruang tamu tengah. Saya memusingkan muka untuk melihat apa yang semacam tu????

Secara live di depan mata, saya melihat sesosok tubuh tinggi lebih kurang 8 kaki. Memakai jubah berwarna putih bersih hingga menutup kakinya. Wajahnya berwarna seakan-akan hijau dan ada tompok-tompok darah merah. "Beliau" seakan-akan terapung di permukaan lantai dan bergerak sedikit demi sedikit ke arah dinding. Tiba-tiba!!

Secara tiba-tiba, "beliau" berhenti dan merenung ke arah saya dengan senyuman. Saya kaget dan terdiam. Mulut bagai terkunci. Hanya mata yang mampu dibuka sambil merenung ke arahnya. Untuk beberapa detik itu, terasa terlalu perit. Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya di waktu itu.

Selepas beberapa detik, "beliau" bergerak kehadapan dan hilang begitu sahaja. Saya apa lagi, memulakan langkah seribu pergi keluar rumah. Seluruh tubuh mengigil dan peluh membasahi diri saya walaupun hari agak dingin. 

Yang peliknya, kenapa "beliau" tersenyum kepada saya?? Kalau nak lalu, lalu saje le.. Daripada cakap-cakap orang tua yang arif, "beliau" yang saya maksudkan berkemungkinan jelmaan jin yang menjadikan rumah saya itu sebagai "transit" laluan pejalanannya. Ada juga yang menyatakan, "beliau" adalah jin yang menjadi "sahabat baik" arwah atuk saya yang hendak mencari penganti sebagai kawan kononnya.

Saya harapkan tidak akan berjumpa lagi dengan "beliau". Cukuplah pengalaman melihat secara live "beliau". Saya sekadar berkongsi pengalaman.

Yang baik dijadikan tauladan, yang buruk buang jauh-jauh.

Yakin, Usaha, Pasrah..




Selasa, 5 November 2013

Pengalaman Membuat Pedinding


Saya hendak bercerita tentang pengalaman saya semasa belajar dulu sewaktu satu Kem di sebuah sekolah selama 3 hari. Pada pemulaan Kem semua berjalan dengan lancar.

Saya selaku "fasilitator" bagi Kem tersebut. Semua peserta gembira semasa program berlangsung. Penyertaan 100% tanpa pengecualian dengan komitmen yang sangat bagus.

Di malam hari terakhir seperti biasa semasa semua peserta ingin tidur, saya dapat rasakan sesuatu sedang "memerhati" di tingkat atas bangunan sekolah. Namun begitu saya tidak dapat "melihat" dengan jelas cuma bayangan berwarna putih sahaja. Saya pun membuat pedinding dan diperkukuhkan dengan bacaan Ayatul Qursi beberapa kali niat untuk melindungi para peserta.

Al kisah, terdapat dua orang dikalangan peserta yang buat bising sehingga menganggu peserta lain. Jadi selaku orang yang bertanggungjawab saya mengambil tindakkan. Mereka dikenakan hukuman. Saya merasa sangat marah di waktu itu, tanpa sengaja saya telah berniat membuang pedinding yang telah dibuat sebelum itu.

Dijadikan cerita malam itu hampir menginjak pukul 3 pagi, dua orang budak itu menjerit-jerit seperti terkena histeria. Apabila menutup mata, mereka menjerit melihat lembaga berwarna putih (seperti gambaran yang saya lihat). 

Dalam firasat saya, mereka terkena gangguan "pocong". Kemungkinan kerana mereka berbuat bising di malam tersebut, mereka telah diganggu. Selepas diberi air penawar dan mulai tenang. Mereka seterusnya dihantar pulang bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku.

Apa yang boleh disimpulkan disini, tenaga boleh dimanipulasikan mengikut niat yang dibuat, yang penting yakin, lakukan dengan teknik yang BENAR serta niat kerana ALLAH.

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...