Ahad, 1 September 2013

Seimbangkan Kehidupan Sosial Dan Kerja Anda



Salam sejahtera untuk semua.. Saya pancarkan tenaga aura moga anda dilingkari aura positif senantiasa hendaknya..

Ada setengah daripada kita terutama yang bekerja di kota-kota besar menganggap kerja adalah segala-galanya kepada mereka. Hidup mereka adalah di tempat kerja dan rumah. Keseronokan yang diraih bersama rakan-rakan sekerja di pejabat sudah dikira kehidupan sosial mereka.

Ini merupakan tanggapan yang amat tidak tepat. Manusia yang normal perlu seimbangkan antara kerja dan kehidupan sosialnya seperti beriadah bersama keluarga, bersenam dan sebagainya.  Ini membuatkan anda menjadi pekerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan emosi.

Anda ada masalah untuk seimbangkannya?? Ayuh, kali ini saya akan berikan beberapa tip ubtuk menghadapi situasi ini antaranya:-

Bijak Kawal Kepentingan

Jika anda seorang pekerja di bawah selian yang minima contohnya bekerja di rumah dan menghantar tugasan kepada bos melalui email, anda mesti mempunyai lebih disiplin daripada mereka yang bekerja di pejabat. Jangan terpengaruh dengan keadana sekeliling di rumah. Masa kerja perlu ditetapkan. Tugasan perlu disiapkan segera dan dihantar kepada ketua. Jangan selang-selikan dengan aktiviti di rumah seperti basuh baju. Memasak dan sebagainya. Percayalah, jika anda lakukan begini kerja anda tidak siap malah masa anda terbuang begitu sahaja. Jadi anda harus bijak kawal kepentingan.

Jauhkan Diri Daripada Perkara Tidak Penting

Masa untuk bersuka ria mungkin sudah berlalu. Usia semakin meningkat dan ini adalah masa untuk anda lebih serius pada perkara yang penting. Jauhi perkara kurang penting. Apabila anda terlalu banyak membabitkan diri dengan perkara tidak penting, ia akan mengambil masa berkualiti anda untuk melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat. Elakkan terlalu suka melepak bersama rakan di kedai mamak selepas waktu kerja. Sesekali tidak mengapa tetapi jangan biasakan. Tukarkan aktiviti melepak kepada aktiviti kecegasan seperti bersenam bersama rakan untuk menyihatkan kesihatan anda.

Jangan Tinggalkan Hobi

Ramai antara kita akan tinggalkan hobi apabila sibuk dengan pekerjaan masing-masing. Ini yang anda sering lakukan. Melupakan hobi yang akan memberi kesan kepada kehidupan sosial anda. Kehidupan menjadi semakin bosan dan rakan-rakan bersama anda sangat terhad. Jadi realisasikan hobi anda dihujung minggu secara berkala. Kehidupan semakin berwarna-warni. Percaya atau tidak, kejayaan kehidupan sosial anda dengan cara yang terbaik akan mengurangkan tekanan di pejabat. Jadi jangan pandang remah dengan hobi anda.

Cuba Berkata Tidak

Sesekali jangan mudah berkata ya kepada kerja-kerja yang bukan menjadi tanggunjawab anda sehingga mengganggu waktu peribadi anda. Anda perlu berkata tidak secara tegas. Tetapi jangan pulak sering berkata tidak untuk sesuatu tugasan yang diberikan kepada anda kerana nanti anda akan dicap sebagai “pekerja berat tulang”. Tidak salah tolong menolong sesekali tugasan orang lain tetapi harus berpada-pada. Jangan sehingga anda mengabaikan waktu untuk bersosial.

Lakukan Yang Terbaik


Apa juga tugasan yang diberikan kepada anda lakukan dengan sehabis baik. Yang penting anda ikhlas melakukan kerja yang diamanahkan. Jika anda ikhlas maka dengan sendirinya tugasan itu akan mudah disiapkan. Hati anda pun tidak akan sakit.  Jangan jadikan tugasan yang diberi sebagai beban kepada anda.


Moga tip-tip di atas dapat memberi anda sedikit panduan moga anda beroleh kejayaan di dalam kehidupan seharian anda..


Usaha, Pasrah, Tawakal..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...