Isnin, 23 September 2013

MANDI SONGSANG DILUPAI????


Dewasa ini amalan tradisional datuk nenek kita semakin dilupakan iaitu mandi songsang. Anda tahu apa itu mandi songsang????

Mandi songsang adalah mandi didahulukan kaki dan seterusnya ke atas sehingga kepala.

Ia sebenarnya mandi biasa namun amalan ini makin dilupakan kerana manusia “nak cepat” menyelesaikan kerja harian walhal amalan ini banyak kebaikan jika diamalkan.

Kepala manusia boleh diumpamakan sebagai enjin kereta. Jika seharian ia bekerja, ia menyebabkan meningkatnya suhu. Enjin yang panas melampau bila dijirus dengan air yang sejuk...PEH!! Apa akan jadi yeob????

Lama-lama enjin tu pasti “kondem”.... Begitulah juga kepala manusia. ...

Antara kebaikan mandi songsang adalah:

·         Mengelakkan anda sering pening-pening.
·         Menguatkan otot tubuh badan.
·         Meningkatkan ketahanan sistem tubuh badan.
·         Meningkatkan kemampuan seks bagi kaum lelaki.
·         Meningkatkan kecerdasan minda.
·         Membuang angin didalam tubuh.
·         Mengembalikan tenaga tubuh badan yang lemah.


Jika anda amalkan cuba semasa menjirus air ke badan sesudah kaki,  anda akan dapat rasakan semacam aliran tenaga di kepala yang menunjukkan haba mulai keluar dari badan ke kepala. Jadi jangan tinggalkan amalan datuk nenek kita ini.

Moga perkongsian ini bermanfaat..

Selamat mencuba..


Yakin, Usaha, Pasrah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...