Selasa, 3 September 2013

SURAH AL-FATIHAH KHASIAT DAN FADHILATNYA



Surah Al-Fatihah mempunyai fadhilat dan kebaikan yang banyak di antaranya :

Sabda nabi muhammad SAW bermaksud : “membaca Al-Fatihah pahalanya umpama sepertiga al-quran.”

Baginda bersabda lagi yang bermaksud : “surah Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.”

Sabda baginda lagi bermaksud : “Al-Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Untuk kebahagiaan dan keselamatan
Dibaca 41x selepas selesai solat sunat qabliyah Subuh ( sebelum solat fardhu subuh) secara berterusan, insyaAllah apa sahaja yang dihajati akan dimakbulkan oleh Allah. Jika sakit akan sembuh, jika lemah akan kuat, jika nakkan pangkat akan dinaikkan, jika bercakap orang akan mendengar, akan terselamat daripada bencana.

Untuk menolak bala dan bencana
Jika dibaca surah al-fatihah sebelum tidur diikutu surah al-ikhlas , surah al-falaq dan surah an-nas, maka akan terjaga dirinya daripada bahaya sewaktu tidur.

Memudahkan rezeki dan kejayaan
Amalkan membaca 20x surah al-fatihah selepas selesai solat fardhu secara berterusan (tanpa diselang seli kata-kata) insyaAllah akan dimudahkan rezekinya, terjaga daripada sebarang bahaya dan dimuliakan oleh masyarakat sekeliling serta tercapai hajatnya.

Menghilangkan kesusahan
Baca 7x surah al-fatihah selepas selesai solat fardu, maka diberikan kebaikan dan dibuang kesusahan dari dirinya sama ada kesusahan dunia mahupun akhirat.

Ubat segala penyakit
Al kisah dari ibnu abbas r.a. ketika sayyidina hassan bin ali r.a. sakit, rasulullah SAW telah membaca surah al-fatihah pada air sebanyak 40x kemudian baginda menyapukan air itu ke muka, kepala, tapak kaki dan tangan cucunya hassan. Dengan izin Allah penyakit itu pun sembuh.

Untuk melepaskan tali ikatan musuh
Jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah al-fatihah sebanyak 121x dengan khusuk dan ditiup pada rantai sebanyak 10x, insyaAllah dapat terlepas daripada ikatan.

Penawar sengatan kala
Bacakan surah al-fatihah sebanak 7x pada bekas putih berisi campuran air dan sedikit garam lalu diberi minum pada mangsa sengatan kala, insyaAllah akan sembuh.

Malah terdapat banyak lagi KHASIAT DAN FADHILAT surah al-fatihah yang tidak dapat dimuatkan pada tulisan saya ini. Apa yang penting adalah keyakinan anda dalam mengamalkannya. Yakin sesunggunhnya Allah jualah yang memperkenankan apa sahaja pemintaan hamba-hambanya.

“Al-fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan Rahmat-Mu Tuhan yang Pengasih dan Penyayang.”

Sekian dahulu, moga perkongsian ini dapat dijadikan panduan dan moga dapat diamalkan, insyaAllah..


Usaha, Yakin, Tawakal..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...