Sabtu, 21 September 2013

SAKIT KITA BUAT APA????


Salam hormat untuk semua, moga sihat dan ceria selalu..

Sihat atau sakit adalah ketentuan Allah. Namun begitu kita disuruh berikhtiar untuk mengubatinya. Apa perlu kita lakukan jika sakit??

  1. Sabar kerana sakit adalah ujian daripada Allah sebagai penghapus dosa kita.
  2. Berdoa agar anda menjadi orang yang kuat dan redha dengan ujian.
  3. Berdoa agar anda cepat sembuh-biar anda merasa dulu keperitan sakit kerana ia adalah cara untuk anda selalu ingat kepada PENCIPTA.
  4. Berusaha mencari ubat-bagi saya mula-mula cari doktor yang bertauliah seperti pergi ke hospital kerajaan dan baru selepas itu pergi berubat secara alternatif seperti berurut, bekam dan lain-lain kecuali yang melibatkan gangguan jin@syaitan. Kena jumpa PAKAR dulu sama ada secara MODEN @ TRADISIONAL.
  5. Jika sembuh ucap SYUKUR jika tidak anda perlu PASRAH @ TAWAKAL.
  6. Jangan ucap kata-kata NEGATIF-ini perkara sangat HARAM dilakukan.

Kesilapan kita sering kita lakukan adalah:
  1. Berkata-kata negatif-selalu cakap "biar le mati je..." - Perkataan HARAM jangan cakap.
  2. Berdoa cepat sembuh walhal baru seminit je sakit.. - kita sihat setahun baru diuji seminit sakit dah minta sembuh (tak malu ke dengan TUHAN).
  3. Jumpa kepada bukan pakar. Selalu saya jumpa kalau sakit sikit jumpa BOMOH, baru jampi2 sikit mesti cakap kena gangguan - Tak salah tapi cari lah BOMOH yang PAKAR. 
  4. Bila sihat lupa Allah, bila sakit baru "terhegeh-hegeh" nak cari Allah.
  5. Lupa ucap syukur bila dah sembuh - banyak yang buat macam ini.
Kita perlu berubah. Berubah jadi positif. Biar konsisten. Biar istiqomah.

Pengalaman saya semenjak mengamalkan REIKI, ada kelainan pada tubuh. Kalau dulu sering demam dan pening kepala tetapi kini SANGAT-SANGAT saya mengalaminya. Syukur pada Allah.

Kundalini Reiki adalah satu method mudah bagi membaiki sistem tubuh bagi melawan penyakit dengan lebih berkesan. Anda tidak perlu habiskan masa dan wang untuk berubat terutama penyakit-penyakit biasa seperti deman atau pening sebab kalau pergi klinik paling-paling tidak kena RM50. Kalau sebulan asik demam memanjang macam mana????

Selain membaiki sistem tubuh, Kundalini Reiki menguatkan sistem pertahanan tubuh. Dengan itu anda tidak akan sering sakit kerana pertahanan anda telah kuat. Makin diamalkan makin kuat tubuh anda.

Jadi dapat disimpulkan, JIKA SAKIT KENA JUMPA PAKAR ATAU JADI PAKAR DENGAN BELAJAR KUNDALINI REIKI..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...