Salam hormat untuk semua,
Melihat tajuk diatas janganlah pula disalah ertikan kerana saya bukan lah pawang hujan yang mampu alihkan hujan sekelip mata. Jauh sekali menghentikannya kerana itu adalah kuasa Yang Maha Kuasa..
Namun begitu saya ingin berkongsi sedikit mengenai pengalaman "mengalihkan hujan"..
Disuatu hari ketika saya ingin ke tempat kerja, waktu itu awan mulai mendung. Langit gelap dan menampakkan tanda hujan lebat. Beransur sedikit demi sedikit rintik-rintik hujan mulai turun. Saya duduk sebentar untuk bermunajat kepada Allah. Saya berdoa moga Allah mengalihkan hujan ke tempat yang memerlukan bagi memudahkan saya untuk ke tempat kerja bagi mencari rezeki. Lebih kurang beberapa minit bermunajat, awan masih menurunkan rintik-rintik hujan tetapi tidak berapa lebat. Saya terus pasrah dan pergi ke tempat kerja. Ditakdirkan hujan mulai berhenti dan awan beransur-ansur terang. Pada hari itu langit cerah tanpa ada tanda hujan lebat akan turun sehinggalah keesokkan harinya, walhal sebelumnya langit telah gelap.
Ia bukan lah mistik atau khayalan tetapi ia melibatkan ilmu tenaga dimana kita memanupulasi tenaga itu sendiri untuk tujuan yang dihajati. Ia tidak melibatkan sebarang Mentera Syirik jauh sekali sebarang pemujaan kuasa jin.
Pengamal Reiki hanya berdoa kepada Allah dan pasrah kepada-Nya. Hanya perlu keyakinan dan sedikit kesabaran.
Kuasa minda yang diaktifkan oleh pengamal Reiki mampu mengarahkan tenaga untuk bekerja mengikut NIAT yang telah dilafazkan. Itu adalah sunatullah yang telah termaktub. Kuasa niat yang kuat dan ditambah dengan keyakinan mampu mengwujudkan hajat yang pada mulanya hanya sekadar bayangan di alam minda menjadi realiti di alam nyata.
Tenaga diarahkan untuk bekerja menuruti hajat yang dicipta di minda. Ini ditambahkan lagi dengan kemampuan mengalirkan tenaga oleh pengamal Reiki yang akan menguatkan lagi hajat menjadi realiti.
Sama ada jadi atau tidak sebenarnya adalah ketentuan Allah kerana Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.. Itu perlunya sifat pasrah diamalkan pengamal Reiki kerana kita adalah HAMBA..
Seorang hamba perlu berusaha dan berserah kepada Penciptanya..
Reiki mampu digunakan untuk memudahkan kita menjalani kehidupan seharian. Saya Yakin jika diamalkan konsisten, kita mampu beroleh apa sahaja yang dihajati walaupun perkara yang dianggap pelik seperti mengalihkan hujan..
Jika anda berminat mengetahui lebih lanjut hanya hubungi atau sms saya..
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan