Salam aura untuk semua..
Rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang aurat dengan semua. Sama ada kita tahu atau buat-buat tak tahu, semakin lama semakin banyak perubahan berpakaian manusia masa kini.
Perubahan daripada dunia fesyen yang dikatakan menuruti zaman makin memendekkan tahap kesedaran berpakaian. Perempuan dieksplotasikan ke dalam dunia pemakaian. Dikatakan sebagai pakaian muslimah SEJATI.. KoNoN..
Iklan tudung, baju kurung dan pelbagai lagi ragam fesyen "masa kini" menjadi ikutan semua terpampang di media cetak. Tak salah tapi kurang tepat. Tak kurang tapi banyak campangnya. Tak banyak tapi kurang adabnya..
Tudung makin lama makin dipendekkan. Banyak corak yang "menarik" perhatian sekeliling memerhatinya. tak salah kan??
Kalau bertudung pun mesti....wajib.... bahagian dada "dipendekkan"...bahagian belakang dipanjangkan.
tak salah kan??
Pakai baju tapi "telanjang" itu perumpamaan tepat bagi fesyen-fesyen sebegini..
Jangan le marah..
Apakah adab berpakaian yang dituntut di dalam islam??
Berikut saya ambil petikan dari satu buku yang saya baca:
- Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita atau sebaliknya
- Sebaik-baik pakaian adalaha yang meniru Sunnah Rasulullah S.A.W.
- Haram bagi lelaki memakai sutera atau emas
- Pakaian bukan dari sumber pendapatan haram
- Pakaian LONGGAR, tidak menampakkan bentuk badan
- Pakaian dari jenis kain yang tebal, tidak jarang dan tipis menampakkan warna kulit
- Bagi lelaki elok berwarna CERAH dan tidak berbunga-bunga
- Memakai pkaian yang bersih
- Sunat memakai wangi-wangian bagi lelaki. Bagi wanita hanya sunat bila bersama suami atau muhrimnya
- Memakai baju dengan mendahulukan tangan kanan
- Tidak melabuhkan pakaian/seluar sehingga menutup dua buku lalinya bagi lelaki. Ertinya tidak melabuhkan pakaian sampai menyapu jalan
- Bagi perempuan hendaklah melabuhkan pakaiannya sehingga menutup tumitnya dan melabuhkan tudungnya sehingga keDADAnya
Jadi bagaimana kita aplikasikan di dalam kehidupan kita??
Kita perlu baiki sedikit demi sedikit. Jangan kelak menyesal di hadapan Allah.
Cantik si dara memakai sutera,
Ikut segala jadi suruhan;
Cepat berubah biar ketara,
Jangan menyesal di depan Tuhan.
Moga saya dan kita semua dapat mendapat ikhtibar. Saya bukannya pandai tapi sekadar mengigatkan diri saya untuk berubah dan mengajak anda sam berubah menjadi LEBIH BAIK.. InsyaALLAH..
Yakin, Usaha, Pasrah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan