Sabtu, 5 September 2015

REIKI ILMU YANG MUDAH DIPELAJARI

Assalamualaikum..

Moga anda dan kita semua beroleh kejayaan dunia akhirat..

Saya masih dan akan terus mendalami ilmu reiki selama masih bernyawa ini.. Ini adalah minat saya.. Ia bukan semata-mata kerana wang.. Insya-Allah selama masih bernyawa selama itu saya akan terus berkongsi ilmu dan akan membuka ruang kepada peminat ilmu energi untuk belajar dan mendalami ilmu dari Tuhan Maha Besar ini..

Reiki adalah antara beribu ilmu-ilmu energi yang muncul di dunia ini.. Berbanding ilmu-ilmu energi yang lain, Reiki adalah ilmu yang amat mudah dipelajari dan didalami.. Anda boleh mempelajarinya dengan hadir diri atau secara jarak jauh.. 

 Ia tidak akan menggangu proses hidup mati anda.. Sebab ada yang bertanya sama ada Reiki akan menggangu semasa kematian kelak.. Ia tidak akan menyusahkan anda untuk meninggalkan dunia ini. Ia bukan ilmu hitam dan tidak perlu sebanrang ritual atau pemujaan untuk mempelajarinya.

Reiki ilmu yang amat mudah dan senang untuk dipelajari.. Anda akan dibekalkan manual ilmu dan ia adalah sebagai rujukan untuk anda.. Anda baca dan hadam manual ini.. Tidak perlu hafal untuk "exam".. Hanya fahami sahaja..

Anda akan dibimbing sehingga anda faham dan saya tidak akan tinggalkan anda seorang diri.. Anda hanya perlu bertanya dan jangan diam sahaja jika tidak faham.. Jika banyak bertanya maka luas pengalaman dan ilmu anda..

Reiki ilmu yang mudah, Pelajarinya untuk kemudahan anda dalam kehidupan..

Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...