Ahad, 13 September 2015

KUNDALINI REIKI ILMU TANPA SIMBOL

Salam muafakat kepada anda semua.. Moga anda gembira dan ceria dalam apa jua situasi anda hendaknya..


Reiki merupakan ilmu berkaitan tenaga alam semesta.. Ia diamalkan sejak bertahun-tahun yang lalu sehingga ilmu Reiki dicipta dengan pelbagai variasi.. Kundalini Reiki merupakan salah satu variasi yang dicipta oleh mahaguru terdahulu..

Kelebihan Kundalini Reiki yang ketara adalah tiada penggunaan simbol sama sekali.. Anda hanya perlu relax dan santai serta berniat mengikut keperluan anda di waktu itu.. 

Contoh mudah "Saya mengalirkan tenaga kundalini reiki kepada Ahmad.. Terjadilah3x". Relax dan santai sahaja.. 

Berbanding ilmu-ilmu Reiki yang lainnya, anda terpaksa menghafal beberapa simbol tertentu sebelum dapat menggunakan tenaga Reiki.. Malah ada satu variasi Reiki yang menggunakan pelbagai simbol bagi mewakili satu-satu penyakit.. 

Tahukah anda bahawa tenaga dapat dimanipusasi untuk apa jua tujuan mengikut kehendak anda?? Dalam Kundalini Reiki anda akan diajar cara menggunakan tenaga alam semesta untuk pelbagai tujuaan terutamanya untuk kesihatan dan kelancaran rezeki..

Manipulasi di sini bukan bermaksud untuk tujuan jahat tetapi Kundalini Reiki hanya boleh digunakan untuk tujuan yang murni dan yang baik-baik sahaja..

Jika anda berniat untuk tujuan kejahatan maka tenaga anda sendiri yang akan digunakan untuk berbuat demikian dan ia semestinya sangat minima.. Dengan kata lain anda akan cepat letih dan tidak bermaya.. 

Berbanding untuk tujuan yang baik, Kundalini Reiki dapat digunakan dengan mudah dan anda tidak akan sama sekali merasa letih malah anda akan lebih bertenaga.. Ini yang membezakan Kundalini Reiki dengan lmu tenaga dalam..

Apa yang dapat disimpulkan pada entri kali ini adalah :
  1. Kundalini Reiki tidak menggunakan simbol.
  2. Kundalini Reiki hanya mengunakan niat pengamal sahaja.
  3. Kundalini Reiki hanya boleh digunakan untuk kebaikan sahaja.
  4. Kundalini Reiki boleh diaplikasikan untuk pelbagai tujuan dalam hidup kita.
  5. Kundalini Reiki adalah anda variasi Reiki yang mudah dan senang untuk dipelajari.
Sekian dulu..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...