Selasa, 17 Disember 2013

HALA TUJU KUNDALINI REIKI


Di luar sana ramai yang berminat untuk mempelajari Reiki namun demikian terpaksa melupakan hasrat itu kerana yuran yang mahal. Saya belajar dahulu yuran mencecah RM 1 000. Mungkin di mata anda semua ia agak mahal tetapi tahukah anda yuran Reiki pada pemulaan penyebarannya pernah mencecah USD 10 000. Ia banyak disebarkan untuk golongan atasan. Maknanya hanya “orang-orang kaya” sahaja mampu untuk belajar Reiki pada awal kewujudannya. Namun kini ia mula berubah. Malah siapa sahaja mampu untuk belajar Reiki. Tidak kita apa jua golongan atau taraf hidup anda. 

Penyebaran Reiki mula berkembang dan mengalami revolusi sama ada daripada segi cara pembelajaran, kandungan modul malah namanya juga sudah pelbagai jenis. Perbezaan ketara pada gelombang tenaga yang dialirkan. Jika pengamal Reiki belajar lebih daripada 1 jenis Reiki maka akan terasa perbezaan apabila mengalirkan tenaga Reiki.

Namun begitu, Reiki tetap Reiki. Ia adalah sejenis teknik penyembuhan aura yang mengaplikasikan tenaga alam semesta sebagai satu “daya kuasa” pemangkin utama. Tanpa tenaga ini maka Reiki tiada apa-apa. Tapi mana mungkin tenaga alam semesta akan musnah kerana itu adalah salah satu sifat utama tenaga “tidak boleh dimusnahkan”.

Daripada mana agaknya datang tenaga daripada alam semesta ini??

Jika kita lihat sekeliling kita, pasti kita akan perasan semua ini. Banyak yang boleh kita ambil contohnya. Misalnya cahaya matahari. Ia adalah penyumbang utama tenaga alam semesta. Bumi memerlukan cahaya matahari bagi mengekalkan “kemandirian” setiap spesis.

Kata-kata nasihat, kasih sayang, zikir-zikir mengingati Allah, bacaan Al-Quran, tenaga dalaman daripada apa jua jenis hidupan, malah banyak lagi tenaga-tenaga yang wujud di muka bumi ini. Tenaga-tenaga ini terhasil sejak awal kejadian bumi lagi sebelum adanya manusia, tumbuhan dan haiwan. Ia semakin berkembang dan terus berkembang sehingga dinukilkan di dalam Al-Quran akan berlaku “KIAMAT” di mana segala tenaga-tenaga ini akan musnah keseluruhannya. Hanya Allah sahaja yang tahu bila ia akan berlaku.

Reiki adalah tenaga. Ia kekal begitu sehingga bila-bila. Ia sebahagian daripada ilmu-ilmu Allah yang bertebaran di muka bumi ini. Malah Reiki umpama setitik air daripada lautan jika dibandingkan keseluruhan ilmu-ilmu Allah. Jika dibandingkan Reiki dan ilmu-ilmu tenaga lainnya, Reiki adalah mudah untuk dipelajari dan diamalkan.  Jangan lihat pada yuran yang mahal-mahal dan jangan pula memperlekehkan yuran-yuran yang murah-murah. Anda sebagai bakal pengamal perlu mencari guru yang benar untuk belajar Reiki. Jika mampu bayarlah yang beribu-ribu, bayarlah. Jika tidak cari yang murah sikit tetapi nasihat saya, carilah guru Reiki yang aktif mengajar dan belajar.

Sekian dulu..

Anda yang membuat keputusan,
Anda yang tentukan hala tuju,
Jangan yuran jadikan alasan,
Agar hidup bertambah maju.


Yakin, Usaha, Pasrah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...