Isnin, 8 April 2013

KONGSI PENGALAMAN


Saya ada mendapat sms dari seseorang. SMS nya berbunyi seperti berikut:

"Tuan  ada kasyaf tak, boleh tengok2 kan????"

Saya bagitahu yang saya ini hanya orang biasa dan tidak mampu "lihat-lihat" perkara-perkara "ghaib". Rasa keldil apabila ada yang bertanya demikian. Bagi saya, perkara yang melibatkan kasyaf dan karamah hanya dimiliki oleh mereka yang terpilih oleh Allah. Hatinya bersih dan suci dari melakukan sebarang dosa besar dan kecil

Hal-hal kasyaf sebenarnya telahpun dijanjikan Tuhan sepertimana dalam sebuah hadis qudsi:

Allah berfirman yang bermaksud : Orang yang mendekatkan diri kepada-Ku, mengerjakan yang fardu dan yang sunat, sehingga Aku cinta kepada mereka lalu Aku menjadi pendengaran mereka dan Aku menjadi penglihatan mereka.

Sumber : http://cahayamukmin.blogspot.com

Berbalik kepada pertanyaan di atas tadi, beliau memberitahu mempunyai masalah berkaitan "energy" yang tidak stabil. Masalah ini menyebabkan beliau mengalami tekanan pada belah dada dan tekak. Ini membuatkan beliau tidak selesa walaupun telah menjalani rawatan bekam dan urutan.

Pendapat saya, Ini berkaitan dengan ketidak seimbangan cakra pada diri beliau. Dimana, bahagian dada dan tekak melibatkan cakra jantung dan tenggorok. Kedua-dua cakra ini mempunyai fungsi seperti berikut:


  • Cakra jantung fungsinya melibatkan rasa kasih sayang, keamanan dan ketenangan batin, moral, kemanusiaan dan kebahagiaan dalaman/batin. Jika tidak stabil akan menyebabkan rasa takut berlebihan, banyak masalah dengan orang lain dan orang tua, kurang pegangan agama, tindakan tidak semena-mena.

  • Cakra tenggorok pula fungsinya untuk komunikasi, diplomasi yang bertujuan baik, hubungan dengan orang lain. Jika tidak stabil menyebabkan rasa bersalah berlebihan, rasa sombong, rendah diri, suka mengkritik, kata-kata kasar, reaksi berlebihan terhadap sesuatu perkara


Kedua-dua cakra ini akan mempengaruhi tindakan seseorang sehingga mengganggu aktiviti seharian tanpa kita sedar. Jika tidak dirawat secara "benar" akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius kerana cakra-cakra ini berhubung rapat dengan organ-organ dalaman manusia. Contoh:


  • Cakra jantung melibatkan organ jantung, paru-paru, tekanan darah, antibodi dan indra sentuhan.
  • Cakra tenggorok pula melibatkan organ peti suara, leher, mulut, gigi, muka dan hidung.


Mereka yang sering mengalami masalah seperti ini boleh dirawat dengan Terapi Kundalini Reiki. Ini kerana Tenaga Kundalini Reiki akan menyeimbangkan cakra-cakra berkenaan sehingga mampu menjalankan fungsinya dengan betul.

Tenaga yang tidak seimbang ini mungkin berpunca daripada gaya hidup yang tidak seimbang, pemakanan yang tidak dijaga dan tekanan di dalam hidup.

Kundalini Reiki yang diamalkan berterusan secara konsisten akan memberi keseimbangan kepada tenaga tubuh dan seterusnya memulihkan "kerosakkan" yang dialami oleh cakra-cakra berkenaan.

Kesimpulannya, Kundalini Reiki mampu membantu tubuh untuk menjalankan aktiviti dengan lebih teratur dengan menyeimbangkan cakra-cakra tubuh supaya mampu menjalankan tugasnya. Ini perlu dilakukan segera dan berterusan bagi mendapatkan hasil yang lebih baik dikemudian hari.


Usaha, Pasrah, Tawakal....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...