Sabtu, 2 Februari 2013

Impian Tidak Termakbul...KENAPA?




Saya sudah belajar reiki tetapi tiada perubahan dalam hidup saya?

Saya sudah meditasi tetapi impian tetap tidak tercapai?

Saya sentiasa positif tetapi tetap hidup susah?

Saya berabis duit belajar ilmu murah rezeki tapi tetap miskin?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Soalan-soalan di atas akan sering kedengaran apabila impian, hajat, doa kita tidak termakbul terutama kepada pengamal Reiki. Mereka sering menyalahkan guru dan menuduh telah ditipu.

Impian, hajat atau doa yang kita selalu tujukan atau minta bukan hala tuju kehidupan kita semata-mata. Seringkali apa yang kita tidak perlukan sebenarnya merupakan keperluan kepada kita pada masa itu dan apa yang diminta barangkali bukan keperluan no. 1 kita untuk masa itu.

Jika anda sentiasa mengajukan soalan-soalan di atas secara lisan atau berfikir sejenak sahaja yang sebenarnya anda telah mengwujudkan getaran negatif secara tidak sengaja. Getaran ini akan mempengaruhi getaran positif kita yang dibina sebelumnya. Bayangkan jika getaran negatif ini mengambil alih getaran positif. Ia merupakan kerugian secara tidak sengaja yang telah anda lakukan dan ini juga merupakan jawapan kepada soalan-soalan kita di atas tadi.

Kepada pengamal-pengamal Reiki di luar sana, saya menasihati diri saya dan anda untuk mengubah persepsi kurang baik kita. Anda harus PASRAH kepada tuhan dan teruskan usaha bagi mencapai impian anda. Anda juga perlu FOKUS kepada sekeliling anda. Boleh jadi yang buruk itu adalah yang terbaik buat anda dan sebaliknya. Jangan berfikiran sempit dan cepat melatah.

Al-Quran dalam surah Al-Ghafir (ayat 60) bermaksud : "Berdoalah kepada-Ku. Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu..."

Ayuh kita cermin diri kita dan jangan menyalahkan sesiapa sekiranya impian kita belum tercapai. Reiki sebagai JAMBATAN untuk meraih impian anda. Jambatan ini akan kukuh jika anda PASRAH kepada tuhan dan akan roboh jika anda was-was dan tidak berkeyakinan.

Jadi sebagai pengamal Reiki anda perlu terus mengamalkan pelajaran Reiki anda. Buat sahaja impian dan pasrah. Fokus dengan persekitaran anda.

Moga anda beroleh kejayaan dan mecapai impian anda...

Pasrah dan Tawakal.....




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...