Rabu, 27 Mac 2013

KUNDALINI REIKI BUKAN MEE SEGERA


Kundalini Reiki merupakan method untuk mengapai apa jua tujuan di dalam kehidupan sama ada kesembuhan dari penyakit, kemurahan rezeki, malah pelbagai lagi..

Tapi perlu diingatkan bahawa Kundalini Reiki bukanlah ilmu "MEE SEGERA" yang dapat membuatkan segala impian anda menjadi realiti sepantas kilat..Kalau ada yang beritahu begitu, maka ia hanyalah ayat "marketing" untuk menarik perhatian anda..

Kundalini Reiki juga bukannya "ILMU MAGIC" yang dapat menghilangkan "kesusahan anda" dalam sekelip mata persis ahli silap mata di atas pentas..

Kundalini Reiki adalah ilmu melibatkan mengolahan tenaga alam semesta yang membolehkan pengamalnya memanfaatkan tenaga tersebut sebaiknya bagi 1001 tujuan di dalam kehidupan..Tenaga alam semesta ini akan diserap oleh pengamal Reiki dan dialirkan melalui tangan sebagai perantara untuk membolehkan tenaga ini digunakan..

Pengamal Kundalini Reiki hanyalah sebagai perantara tenaga alam semesta SAHAJA..

Apa yang berlaku semasa proses Penyelarasan (attunement / pembelajaran) Kundalini Reiki???

Cakra-cakra pada tubuh pengamal akan dibuka sebagai jalan masuk tenaga alam semesta..Cakra-cakra ini mempunyai fungsi yang pelbagai dimana tenaga akan keluar dan masuk. Tenaga yang diserap akan disimpan dan disebarkan ke seluruh tubuh yang memerlukan. 

Bagi orang awam, cakra ini belum dibuka sepenuhnya dan hanya menjalankan tugas secara minimum..Sebagai contoh: Jika kita lenguh-lenguh kaki waktu siang  dan terus tidur pada waktu malam, keesokan harinya kita akan merasa segar dan lenguh kaki pun mulai hilang..Tubuh badan kita menjalankan tugasnya untuk memulihkan kembali sistem tubuh yang terganggu.

Bagi pengamal Kundalini Reiki, cakra-cakra ini mulai dibuka sedikit demi sedikit dan tenaga yang diserap serta dialirkan lebih kuat berbanding orang awam..

Dapat disimpulkan bahawa, Kundalini Reiki adalah method yang dapat dipraktikan oleh sesiapa sahaja bagi tujuan mengapai impian anda..Hanya tenaga alam semesta dan mediumnya adalah anda untuk membolehkan diri anda mencapai impian..Tuhan yang akan mengaturkan rezeki seseorang dan kita hanya berusaha untuk terus mencapai tujuan dalam kehidupan..

Apa yang perlu adalah USAHA dan terus USAHA....

Usaha, pasrah dan tawakal....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...