Isnin, 24 Mac 2014

MUNGKINKAH KITA DISIHIR??

Salam untuk semua..

Baru-baru ini saya menerima mesej dari seseorang berkaitan ilmu berkaitan tenaga berpotensi menyebabkan pengamalnya disihir dan terkena gangguan jin. Mesej ini menyesatkan terus dan menyatakan ilmu berkaitan tenaga adalah salah dan bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad.

Adakah betul penyataan ini??

Adakah kita berpotensi disihir jika belajar??

Mungkin kita lupa sejarah dimana Nabi Muhammad sendiri pernah disihir. Baginda yang maksum tetap berhadapan situasi ini. Apakah darjat kita menyamai Baginda?? Kita adalah umat Baginda dan dinaikkan taraf sebagai khalifah di muka bumi ini oleh Allah. 

Nabi Muhammad mengajar kita berkaitan Islam. Baginda menyeru kita berpegang kepada Al-Quran dan 
Al-Hadis sebagai panduan hidup. Al-Quran sendiri adalah Ilmu Tenaga. Di sebalik bait-bait kata di dalamnya terdapat khazanah kita terhebat. Mendengarnya sahaja membuatkan hati tenteram. Apatah lagi membaca dan seterusnya mengamalkan isi kandungannya. Maha Suci Allah yang menjadikan AL-Quran untuk bekalan kita sebagai hamba-Nya. 

Memang Reiki dijumpai oleh orang Jepun dan di ubah suai sehingga terdapat banyak variasi ilmu Reiki di dunia ini. Itu tidak dapat dinafikan. Adakah kerana Reiki tidak diajar oleh Nabi Muhammad maka ia terus dikatakan sesat??

Selagi mana sesuatu ilmu itu tidak bertentangan dengan Islam maka hukumnya harus untuk dipelajari. Variasi Reiki yang saya amalkan adalah Kundalini Reiki. Ia tidak berkaitan dengan mana-mana agama di dunia ini. Tiada satu pun modul dalam Reiki menyuruh pengamalnya menyembah tuhan selain Allah.

Sebagai orang Islam, saya adaptasikan ilmu Kundalini Reiki sejajar dengan pegangan saya sebagai orang Islam. Malah jika anda beragama apa pun saya tetap akan mengajarnya. 

Pengamal Kundalini Reiki diminta PASRAH semasa mengalirkan tenaga Reiki. Kita meletakkan kekuatan kita di belakang dan mengangkat kuasa Maha Pencipta ditingkat teratas. 

Jangan disalahkan ilmu tersebut tetapi lihat pada pengamalnya. Banyak sekarang ini ilmu-ilmu sesat diajar dan bertebaran merata-rata. Kita cermin diri dulu dan kuatkan akidah. Selidik dan kaji dulu sebelum beramal. Jangan tangkap muat sahaja. 

Sekian dulu dari saya Master Azrul..

Yakin, Usaha, Pasarah..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...