Jumaat, 4 April 2014

KUNDALINI REIKI PLUS TENDAI


Latihan KUNDALINI REIKI dan TENDAI berbeza tetapi memberi kesan “IMPAK MAKSIMA” kepada pengamalnya.

Tendai adalah tenaga universal + tenaga manusia = tenaga tendai, berbanding Reiki yang 100% menggunakan tenaga alam semesta (tenaga universal)

Jadi rugilah belajar REIKI!!!???

Jangan cepat buat andaian “khurafat”!!!

Latihan Tendai meningkatkan tenaga dalam manusia untuk menyatu dengan tenaga universal. Dalam proses ini, kita bertanggungjawab untuk melakukan latihan wajib 21 hari bagi tujuan “pembersihan” yang dilakukan sedikit demi sedikit dari hari yang pertama hingga hari ke-21.

Dalam proses “pembersihan” ini, seluruh cahkra utama dibersihkan secara total. Namun begitu, latihan 21 hari ini tidak boleh putus sama sekali. Jika “ponteng” latihan, perlu diulang semula dari hari pertama. Komitmen pengamal perlu 100% semasa latihan ini. Maka ramailah pengamal Tendai terutamanya yang baru berjinak-jinak dengan ilmu tenaga akan give up awal.

Berbanding Kundalini Reiki semasa proses attunement atau pengijazahan ilmu, cahkra utama pengamal telah dibersihkan secara total. Segala sekatan pada laluan cahkra dibersihkan umpama membersih laluan air yang tersumbat. Tenaga akan meluru secara pantas dari cahkra dasar hingga ke cahkra mahkota (bergantung kepada level) dan ini membolehkan semua cahkra terlibat dibersihkan secara total dan semulajadi. Komitmen pengamal adalah sangat minima.

Jadi dengan mempelajari Kundalini Reiki, pengamal mudah untuk meningkatkan kemampuan mengalirkan tenaga umpama pintu masuk tenaga telah dibuka luas hanya menunggu masa untuk dilancarkan. Ilmu Tendai menguatkan lagi kemampuan ini. Dengan gabungan Kundalini Reiki plus Tendai, pengamal akan mampu meningkatkan kemampuan spiritual ke level yang lebih tinggi.

Kami di Ilham Sejati memberikan anda peluang membelajari kedua-dua ilmu ini dengan mahar yang cukup rendah. Paling RENDAH di Malaysia. Malah terdapat bonus-bonus tertentu yang akan diberikan secara PERCUMA.

Insya-Allah anda akan dibimbing sehingga pandai.

Sekian dulu..


Yakin, Usaha, Pasrah..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...