Selasa, 27 Ogos 2013

HUKUM TARIKAN (LAW OF ATTRACTION) & REIKI..



Salam hormat dari saya untuk anda. Moga anda beroleh kejayaan dan kesenangan. Mulakan diri anda dengan senyum sokmo..jangan le sedih-sedih ye..

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda tentang HUKUM TARIKAN dan REIKI..

Antara sedar dengan tidak sebenarnya kedua-dua terma ini saling berkait..Dalam tidak sedar sebenarnya anda menggunakan salah satu terma-terma di atas. Sebagai contoh, jika anda teringatkan seseorang kawan lama yang sudah lama tidak dihubungi, tidak semena-mena dia menelefon anda..Contoh kedua, anda teringin sangat untuk makan KFC, keinginan anda membara dan secara tiba-tiba kawan anda membelanja anda.. Malah banyak lagi sebenarnya contoh Hukum Tarikan (Law Of Attaction - LOA) yang anda gunakan setiap hari.

Hukum Tarikan atau LOA adalah hukum alam ciptaan Illahi yang wujud mengikut sunatullah-Nya. Tahukah anda Rasulullah SAW juga mengaplikasikan hukum tarikan??

Dari Abu Hurairah ra, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata baik atau diam......"

Hadis diatas menyatakan jika kita mahu bercakap perlu dengan kata-kata yang baik jika tidak sebaiknya diam sahaja. Kata-kata yang baik akan menghasilkan tenaga positif yang disebarkan dari dalaman seseorang. Dalam positif akan mengeluarkan getaran positif. Contoh mudah, jika anda berada dalam keadaan tenang dan gembira, anda akan berkata yang  baik dan tersenyum sahaja tetapi sebaliknya jika anda tertekan dan stress, jangan ada silap sikit mesti anda melentengkan??


Manusia mempunyai getaran disekeliling tubuhnya, getaran ini terhasil daripada aura yang wujud daripada dalaman manusia sendiri. Sama ada ia positif atau negatif tergantung sejauh mana tubuh anda ekspirasikannya.Itu sebab aura kita boleh menentukan sama ada kita sakit atau tidak..

Getaran positif akan menarik getaran positif yang sama nilai dengannya. Ini hukum tarikan yang kita perlu yakini. Cuba anda berkata dalam hati dengan yakin "AKU BERTUAH!!" ucapkan seberapa yang boleh..Apa yang anda rasa? Anda akan rasa tenang dan puas kan?? Daripada kata-kata yang baik itu wujud medan getaran positif dalam diri anda. Getaran positif ini diungkapkan melalui perasaan anda serta seterusnya sikap anda berubah menjadi lebih berkeyakinan. Tubuh anda lebih mudah tersenyum dan bersopan santun. Seterusnya anda mempengaruhi orang disekeliling anda untuk rapat kepada anda kerana anda telah mengunakan HUKUM TARIKAN dimana getaran positif anda menarik getaran positif yang sama nilai dengannya. 

Aplikasi di atas bukan sahaja untuk menjernihkan hubungan malah anda boleh gunakan HUKUM TARIKAN untuk menarik apa sahaja yang dihajati seperti kekayaan dan kesenangan.

Kuasa tarikan bergantung kepada tenaga getaran yang anda keluarkan sama ada ia kuat atau tidak. Semakin kuat ia, semakin mudah hukum tarikan bekerja untuk anda. Dengan mempelajari KUNDALINI REIKI, anda boleh menguatkan tenaga getaran anda. Reiki membolehkan anda manupulasi tenaga alam untuk menguatkan medan getaran anda. Malah, jika anda mempunyai getaran negatif, reiki akan memulihkan ia menjadi positif.

Untuk lebih memahaminya anda perlu menpelajari KUNDALINI REIKI..

Hubungi saya segera di talian 013-9053982




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...