Khamis, 29 Ogos 2013

Kemelut Umat Islam




Salam sejahtera kepada semua moga bertambah sihat dan gembira disamping keluarga hendaknya..

Pertama-tamanya mari kita ucapkkan SYUKUR kepada Allah kerana masih menghidupkan kita sehingga kehari ini dengan pelbagai nikmat yang indah. Moga kita tidak lupa dan alpa dengan nikmat-nikmat itu yang saya kirakan sebagai UJIAN yang membuatkan kita ingat atau lupa yang kita sebenarnya HAMBA kepada-NYA. Ingatlah janji kita semasa masih di dalam rahim ibu dimana kita berjanji kita adalah hamba dan Allah adalah tuhan kita. Turuti iman dalam kehidupan dan bukan sekadar nafsu sebagai pemangkin jalan. InsyaALLAH..

Kemelut yang berlaku kepada umat Islam kita makin meruncing. Saban hari kita dipertontonkan dikaca tv kisah-kisah menyayat hati. Bom, senjata api, penembak tepat, pembunuhan beramai-ramai, dan yang terbaru penggunaan bom kimia di Syiria. Yang membuatkan kita SANGAT-SANGAT marah adalah sasaran kebanyakan terdiri daripada anak-anak kecil, perempuan dan warga emas. APA kejadah JADI macam TU..???





Sebagai manusia yang waras dan walau apa jua agama anda. mari kita renung dan timbang APA TINDAKAN KITA SEBAGAI MANUSIA SEJAGAT????

YA, kita tidak mampu mengangkat senjata. Namun begitu setidak-tidaknya kita mampu berdoa bukan?? Bagi orang Islam, doa adalah senjata umat. Jadi saya menyeru diri saya dan anda agar bersama-sama kita terus berdoa untuk kesejahteraan manusia sejagat..

Lakukan semampu yang boleh. Jika ada badan-badan yang mengutip derma seperti TABUNG PALESTIN, jangan kedekut pulak. Berilah berapa sahaja yang mampu. Setidak-tidaknya kita ada menyumbang sedikit..

Akhir kata saya, ayuh kita lakukan apa juga termampu oleh kita untuk kesejahteraan segenap manusia di dunia ini. Hari ini hari mereka, esok lusa mungkin kita pulak. Hidup bagai putaran roda. Jangan sombong dan ego jika berada di atas kerana anda mungkin akan ke bawah apabila tiba masanya..

Sekian dari saya,

Usaha, Tawakal, Pasrah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...