Jumaat, 30 Ogos 2013

Pramerdeka dan Pascamerdeka



Pertama-tamanya saya mengucapkan selamat HARI MERDEKA kepada anda semua....

Kemerdekaan ke-56 memberi impak kepada sesetengah daripada kita namun masih ramai memandang ia sekadar satu aktiviti yang menjadi adat kerana ia disambut setiap tahun. Walhal, ia sebenarnya merupakan cara kita meluahkan rasa cinta kita kepada negara tercinta, Malaysia. Kita mungkin mengadakan perarakan membawa sepanduk-sepanduk yang bertulis Merdeka!, berjalan lebih sekilometer dan berkumpul memperingati hari itu. Tetapi adakah ia sebenarnya cara yang wajar digunapakai bagi memperingati hari bersejarah ini? 

Saya ingin membawa pembaca peristiwa tatkala berlaku di sekitar tahun 50an dahulu dimana ketika itu ramai pejuang-pejuang yang kita kenal bahkan ramai juga yang tidak tersenarai di buku-buku sejarah muncul semata-mata untuk berjuang demi mencapai atau mengarap KEMERDEKAAN..

Mereka tetap berjuang walhal peluang untuk menang cuma kecil tetapi mengapa mereka tetap berbuat demikian??? Ini kerana mereka tidak mahu anak cucu mereka menjadi hamba tatkala penjajah mengaut untung. Mereka mahu anak cucu mereka berjuang demi untuk meningkatkan taraf hidup tatkala ketika itu mencari beras secupak pun mungkin sukar sekali. mereka lah pejuang Pramerdeka. mereka hidup dan melihat sendiri kemerdekaan itu dan berjuang bersama-sama untuk mendapatkannya. Bukan mudah seperti makan kacang tetapi terlalu sukar. Bahkan nyawa sendiri bagai berada dihujung tanduk..tidak perlulah penulis mengingatkan pembaca kepada peristiwa-peristiwa berdarah yang berlaku sepanjang waktu itu kerana kita lebih maklum dan mempelajarinya. Namun mungkin lupa atau leka sahaja.

Kini zaman pascamerdeka, dimana hidup kita bebas daripada penjajah dan boleh kemana sahaja sesuka hati. Kita kena ingat adakah kemerdekaan ini kekal selamanya. kita mungkin menjawab YA..walhal sebenarnya kita mungkin sekali lagi dijajah dalam versi baru..Mengapa penulis berkata begitu? Kerana kita lihat sahaja sekeliling kita..berapa banyak dalam sehari kes-kes buang bayi, rogol, khalwat, bunuh, mengedar dadah, rasuah dan sebagainya yang terpampang di dada-dada surat akhbar???? ia berlaku terlalu banyak dan semakin meningkat dari sehari-kesehari. Pemimpin-pemimpin memerah otak untuk mencari jalan keluar dari kemelut ini dan ada yang sampai botak kepala, heart attack semata-mata kerana hal ini.. mengapa kita tidak melihat ia daripada sudut Islam..?? Penulis bukan lah pandai bab-bab agama sekadar memberi pendapat..

Agama jika dipegang pasti jalan yang dilalui lebih sempurna. Islam itu sendiri bermakna sejahtera. ini bertitik tolak kepada diri kita sendiri. tahun ini merdeka jatuh pada hari puasa tetapi berapa ramai antara kita berdoa untuk keselamatan bumi Malysia ini? Berapa ramai antara kita menangis tatkala mengharap keampunan dari tuhan? berapa ramai antara kita berfikir dan merenung dosa-dosa silam? 

"manusia ni hidup nakkan 3 perkara je, 1 nakkan senang, 2 nak  menang dan ke 3  kenyang.." 

Itu kalimah seorang guru penulis suatu ketika dahulu. semua manusia mengharapkan hidup senang, jika berlawan akan menang dan makan mesti kenyang tetapi sedikit sangat dari kita memperolehinya dengan cara yang diredahi..kita selalu nya akan mengunakan apa juga cara demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu. kadang-kadang banyak cara yang digunakan adalah salah sama sekali. Islam menyeru umatnya untuk hidup sederhana tetapi tidak melarang umatnya mencari kemewahan cuma perlu berlandaskan syariat.



Rasanya cukup disini, kita perlu mengetuk hati-hati kita dan berfikir untuk mencari keredaan Allah dan bukan kemurkaan-Nya.. diharapka kemerdekaan ini menjadikan mereka yang hidup di zaman pramerdeka dan pascamerdeka tetap berganding bahu dan ingat-mengingati untuk tidak lalai dan leka dalam kehidupan ini. mari kita berdoa kepada Allah agar Malaysia tetap aman dan selamat hingga ke akhir zaman. Amin...


Usaha, Tawakal, Pasrah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...