Memaparkan catatan dengan label yakin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label yakin. Papar semua catatan

Selasa, 8 Oktober 2013

BERUBAH UNTUK APA????


Salam aura untuk semua. Ketenangan ketenteraman dilimpahi untuk anda. Insya-ALLAH..

Setiap hari kita mendengar orang berkata perkataan "berubah".. Berubah untuk menjadi kaya, berubah untuk jadi pandai, berubah untuk cantik dan berbagai-bagai lagi.

Berubah untuk mencapai satu-satu tujuan atau maksud adalah bagus sekiranya ia di tujukan untuk mencapai redha Maha Pencipta. Berubah lah untuk jadi apa sahaja yang baik-baik asalkan anda tidak terpesong dari landasan seorang "hamba". 

Seorang "hamba" bertanggungjawab kepada "Pemiliknya". Perlu patuh dan taat akan perintah-Nya. Tidak melanggar arahan dan tunduk dengan suruhan-Nya.

Kita perlu berubah untuk menjadi lebih baik dari semalam. Setiap hari kita perlu memasang niat untuk berubah. Tetapkan matlamat ke arah perubahan sebenar untuk "berjaya dunia akhirat".

Ingat, tujuan kita hidup adalah untuk mengumpul "bekalan" bagi menemui Maha Pencipta. Moga Allah melihat kita dengan pandangan Maha pengasih, Maha penyayang-Nya.

Moga kita terus berubah menjadi yang "TERBAIK"..

Yakin, Usaha, Pasrah..




Sabtu, 5 Oktober 2013

LAKUKAN KERANA ALLAH


Salam hormat untuk semua.Moga anda diberi ketenangan dalam kehidupan. Insya-ALLAH..

Hari ini saya ingin berkongsi perihal amalan seharian kita, adakah kerana Allah atau sebaliknya???

Saya ingin bawa anda meneliti apa yang anda lakukan sehari-harian.

Anda bangun pagi, adakah anda mengucap syukur kepada Allah??

Anda bersiap untuk ke tempat kerja, adakah anda bersiap kerana Allah??

Anda bekerja mencari rezeki, adakah anda bekerja kerana Allah??

Anda balik setelah tamat waktu kerja, anda berehat bersama keluarga dan seterusnya mula tidur semula, adakah semua itu anda lakukan kerana Allah??

Mari kita muhasabah diri sebelum kita disoal dihadapan Allah. Adakah aku lakukan dalam kehidupan ini kerana Allah atau semata-mata mencari kesenangan hidup??

Pada satu hari, sahabat saya(A) terkena gangguan makhluk halus, jadi sahabat lagi seorang(B) memberitahu A agar pergi berubat di satu pusat rawatan Islam. Kata B, ramai yang berubat disana, semuanya sembuh. Jadi A pergi ke pusat rawatan itu untuk mendapatkan rawatan. Ditakdirkan A sembuh. Jadi A tidak henti-henti mengesorkan sahabat-sahabat lain turut berubat di pusat rawatan itu jika mengalami sakit akibat gangguan.

Saya berasa “janggal” disini. Apakah pegangan sahabat-sahabat saya ini?? Adakah mereka menganggap pengamal perubatan di pusat rawatan itu yang menyembuhkan sakit??

Jika ditanya pasti mereka akan menjawab “memanglah saya percaya pada Allah, tapi saya sekadar berusaha. Kan tuhan suruh hambanya berusaha..” bla..bla..bla..

Satu jawapan yang “memerangkap” diri. Ini kerana mereka lupa memasang “niat” dan “kepasrahan” hanya kepada Allah. Minda mereka telah di”set” jika sakit cari ubat. Seharusnya mereka “set”kan minda jika sakit cari Allah..

Memang kita disuruh berusaha dalam apa jua keadaan. Namun begitu ingat, biar usaha kita kerana ALLAH semata-mata untuk mendapat redha-Nya.

Kalau kita makan, bukan sebab nak kenyang tetapi kerana Allah asbabnya untuk memudahkan kita beribadat.

Kalau kerja,  kerana Allah asbabnya untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

Sebagai langkah pertama saya dan anda semua perlu pasang “niat” sebelum melakukan apa jua kerja semata-mata kerana Allah. Ingatkan diri yang kita lakukan ini kerana Allah. Tegaskan dalam hati yang kita ikhtiarkan ini kerana Allah.

Niat kerana Allah, bukan kerana dunia,
Kerana dunia akan musnah, jadi apa amalan akan dibawa,
Mengadap Allah disana kelak, takut kita tiada apa-apa,
Takut-takut kita akan papa kedana kerana kita alpa..

Jadi mulai saat ini, kita pasang “niat” sebelum melakukan apa jua kerja atau tugas kerana Alah..

Moga saya dan anda mendapat petunjuk daripada-Nya..

Sekian,


Yakin, Usaha, Pasrah..





Khamis, 22 Ogos 2013

Yakin Kepada Allah



Salam sejahtera kepada semua moga dilimpahi rahmat daripada-Nya. Kepada-Nya kita datang kepada-Nya kita akan kembali. Dalam bulan mulia ini (syawal), kita dikejutkan dengan kisah-kisah sedih yang berlaku saban hari. Beberapa minggu yang lalu kejadian rumah terbakar pengasas Vida Beauty yang meragut nyawa 2 orang anaknya dan pembantunya. Baru beberapa hari dahulu, kejadian bas terjunam di laluan ke Genting Highland yang menyebabkan seramai 37 orang maut. Malah banyak lagi kejadian yang ngeri untuk ditatap dan dibaca di muka surat akhbar setiap hari dalam minggu ini..

Mari kita memohon keampuan kepada Allah dan merenung seketika amal kebajikan kita selama ini. Ramadan sudah berlalu, namun adakah kita masih berada di takuk lama apabila Syawal menjelma??

Adakah kita masih mempersalahkan tuhan dan orang lain kerana "kealpaan" diri kita sendiri??

Saya ini mengajak anda semua merenung seketika keyakinan kita kepada Allah. Pada level mana agaknya keyakinan itu??

Hadis Qudsi hadrat junjungan Nabi Muhammad SAW bersabda ertinya:
"Allah menyebut : Aku berada di atas sangkaan hamba-hamba-Ku dan Aku bersama mereka apabila mereka mengingati-Ku" ( Riwayat Muslim)

Kita cakap kita percaya kepada Allah tetapi kita tidak yakin dengan-Nya. Kita tidak lakukan hak-hak-Nya. Solat banyak tinggal, mengaji quran kurang, selawat tiada, malah kita makin jauh daripada-Nya..

Percaya dan Yakin adalah dua kata yang berbeza sama sekali. Percaya hanya sekadar luaran tetapi Yakin adalah dalamannya. Apa hati anda percaya belum tentu ia akan yakin..

Jadi mari kita ukur sejauh mana percaya dan yakin kita..

Moga anda dan saya menjadi HAMBA yang percaya dan yakin kepada-Nya..aminn..


Usaha, Tawakal, Berserah..







Isnin, 28 Januari 2013

Kebaikan Meditasi







Meditasi merupakan berdiam diri dan mengosongkan fikiran sehingga minda anda betul-betul berada pada tahap ketenangan total. Ada kalanya meditasi disebut sebagai bertafakur, berfikir ciptaan Tuhan dan sebagainya. 

Ada yang menyatakan meditasi HARAM? Betul Ke?

Meditasi sebenarnya sekadar merendahkan gelombang otak ke tahap yang rendah dimana diri anda akan berada pada tahap  antara tidur dan jaga. Ketenangan yang total menjadikan diri anda betul-betul dapat merasakan NIKMAT bermeditasi. Jadi dimana HARAMNYA???

Bagi saya keharaman satu-satu perkara itu dilihat pada cara ia dilaksanakan. Meditasi mungkin akan jadi haram sekiranya ia dilakukan berserta dengan ritual-ritual pelik antaranya bermeditasi dengan asap kemenyan, bacaan-bacaan mentera yang tidak difahami, meditasi dengan bantuan jin sehingga dikatakan boleh terbang dan lain-lain lagi.

Walaubagaimanapun, kita jangan lah cepat menuduh satu-satu perkara itu HARAM dengan hanya melihat pengamalnya dan kita tidak suka cara ia dilaksanakan. Jadi kita terus menyatakan ia HARAM. Sedangkan makan “panadol” pun jika kita anggap ia menyembuhkan maka boleh jatuh syirik dan haram kerana kita tidak meletakkan Allah sebagai MAHA PENYEMBUH....

Oleh itu, buka minda anda. Berfikiran lebih terbuka dan jadikan Allah sebagai tempat berserah.
Meditasi mempunyai banyak kebaikan dan keistimewaan. Antaranya, menenangkan minda, meningkatkan tahap tenaga anda, mempercepatkan kesembuhan luka, membersihkan toksik tubuh dan banyak lagi.

Di Washington, satu kajian dibuat dan menunjukkan amalan meditasi bukan setakat mengurangkan tekanan tetapi membantu memperbetulkan aliran tekanan darah tinggi selain mengatasi pelbagai kesan sampingan dan keburukan akibat pengambilan ubat anti tekanan.

Ketua penyelidik Dr James W Anderson yang juga professor perubatan falkulti perubatan universiti itu, mendakwa pengurangan tekanan darah sedemikian boleh mengurangkan ancaman atau risiko penyakit berkaitan, termasuk masalah jantung.

Lebih menarik lagi, pengurangan itu berlaku tanpa sebarang kesan sampingan pengambilan ubat berkaitan.

Meditasi mempunyai banyak kebaikan. Dengan mempelajari KUNDALINI REIKI (level 2 ke atas sahaja) anda akan diajar untuk melakukan meditasi dengan cara yang betul tanpa membebankan anda. Malah jika anda nyatakan tiada masa langsung, saya akan ajar cara untuk melakukan meditasi bagi mereka yang betul-betul sibuk...

Meditasi Kundalini Reiki tidak melibatkan olah nafas yang berat seperti amalan tenaga dalam yang lainnya. Ia sekadar melibatkan pernafasan seharian kita sahaja. 

Malah anda akan diajar banyak lagi kelebihan Kundalini Reiki yang berfungsi tanpa had. 1001 hajat akan dicapai jika pengamalan secara konsisten oleh anda.

Jika anda ingin mengubah diri anda maka belajarlah Kundalini Reiki. Ia method yang akan memudah cara kehidupan anda seharian.

Hubungi saya secepat mungkin bagi merialisasikan impian anda. 


Moga anda beroleh kejayaan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...