Sabtu, 5 Oktober 2013

LAKUKAN KERANA ALLAH


Salam hormat untuk semua.Moga anda diberi ketenangan dalam kehidupan. Insya-ALLAH..

Hari ini saya ingin berkongsi perihal amalan seharian kita, adakah kerana Allah atau sebaliknya???

Saya ingin bawa anda meneliti apa yang anda lakukan sehari-harian.

Anda bangun pagi, adakah anda mengucap syukur kepada Allah??

Anda bersiap untuk ke tempat kerja, adakah anda bersiap kerana Allah??

Anda bekerja mencari rezeki, adakah anda bekerja kerana Allah??

Anda balik setelah tamat waktu kerja, anda berehat bersama keluarga dan seterusnya mula tidur semula, adakah semua itu anda lakukan kerana Allah??

Mari kita muhasabah diri sebelum kita disoal dihadapan Allah. Adakah aku lakukan dalam kehidupan ini kerana Allah atau semata-mata mencari kesenangan hidup??

Pada satu hari, sahabat saya(A) terkena gangguan makhluk halus, jadi sahabat lagi seorang(B) memberitahu A agar pergi berubat di satu pusat rawatan Islam. Kata B, ramai yang berubat disana, semuanya sembuh. Jadi A pergi ke pusat rawatan itu untuk mendapatkan rawatan. Ditakdirkan A sembuh. Jadi A tidak henti-henti mengesorkan sahabat-sahabat lain turut berubat di pusat rawatan itu jika mengalami sakit akibat gangguan.

Saya berasa “janggal” disini. Apakah pegangan sahabat-sahabat saya ini?? Adakah mereka menganggap pengamal perubatan di pusat rawatan itu yang menyembuhkan sakit??

Jika ditanya pasti mereka akan menjawab “memanglah saya percaya pada Allah, tapi saya sekadar berusaha. Kan tuhan suruh hambanya berusaha..” bla..bla..bla..

Satu jawapan yang “memerangkap” diri. Ini kerana mereka lupa memasang “niat” dan “kepasrahan” hanya kepada Allah. Minda mereka telah di”set” jika sakit cari ubat. Seharusnya mereka “set”kan minda jika sakit cari Allah..

Memang kita disuruh berusaha dalam apa jua keadaan. Namun begitu ingat, biar usaha kita kerana ALLAH semata-mata untuk mendapat redha-Nya.

Kalau kita makan, bukan sebab nak kenyang tetapi kerana Allah asbabnya untuk memudahkan kita beribadat.

Kalau kerja,  kerana Allah asbabnya untuk mencari rezeki bagi menyara kehidupan keluarga.

Sebagai langkah pertama saya dan anda semua perlu pasang “niat” sebelum melakukan apa jua kerja semata-mata kerana Allah. Ingatkan diri yang kita lakukan ini kerana Allah. Tegaskan dalam hati yang kita ikhtiarkan ini kerana Allah.

Niat kerana Allah, bukan kerana dunia,
Kerana dunia akan musnah, jadi apa amalan akan dibawa,
Mengadap Allah disana kelak, takut kita tiada apa-apa,
Takut-takut kita akan papa kedana kerana kita alpa..

Jadi mulai saat ini, kita pasang “niat” sebelum melakukan apa jua kerja atau tugas kerana Alah..

Moga saya dan anda mendapat petunjuk daripada-Nya..

Sekian,


Yakin, Usaha, Pasrah..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...