Khamis, 17 Oktober 2013

SENSASI SEMASA BELAJAR REIKI


Salam sejahtera semua….

Saya selalu dihujani dengan pelbagai soalan berkaitan sensasi semasa belajar Kundalini Reiki.

Antara soalan yang diajukan adalah:

“Saya nak tanya, saya buat meditasi dan terasa macam ada sesuatu warna oren kuning menyerlah warnanya tetapi tiba-tiba bertukar kepada warna hitam. Apa maknanya sebab saya keliru.??”

“Saya terasa tapak kaki sebelah kanan saya macam bergetar dan terasa sedikit kebas. Kenapa yer??”

“Selepas terima attunement dari Master Azrul, semasa meditasi nampak warna putih bersinar masuk melalui jantung saya. Kenapa ye….??”

Sebelum saya menjawab terus soalan ini mari kita berkenalan dulu dengan istilah yang selalu kita dengar semasa belajar Reiki iaitu KUNDALINI.

Banyak diperkatakan bahawa Kundalini adalah suatu kekuatan luar biasa yang terdapat dalam tubuh seseorang. Kundalini adalah berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud “gulungan”.

Dalam keadaan tidur (belum bangkit dan belum aktif) , kundalini berbentuk gulungan 3½ lingkaran yang terletak di sumsum tulang belakang manusia, tepatnya di bawah tulang ekor (perinum).

Ketika kundalini sudah bangkit dan aktif, ia akan merambat naik melalui jalur sushumna, menembus semua chakra dan akhirnya keluar dari chakra mahkota. Pada saat merambat naik, kundalini akan membersihkan semua jalur-jalur energi yang dilaluinya. Maka proses “pembersihan” energi berlaku ke tahap optimum ketika ini.

Cuba anda bayangkan anda hidup dari bayi hingga kini? Anda yang sudah hidup 19 tahun, 24 tahun, 30 tahun malah lebih dari itu pun ada. Sepanjang anda hidup pernahkah anda membersihkan saluran energi anda? 

Ia sebenarnya umpama saluran air yang mengalir. Kalau sudah berpuluh-puluh tahun tidak dibersihkan apa yang akan terjadi?

Mesti ada yang tersumbat dan mengalami “kerosakan” di bahagian-bahagian tertentu. Dan tidak hairanlah semasa proses “pembersihan” energi anda akan merasakan sensasi-sensasi tertentu ditubuh anda. Jadi ini adalah jawapan tepat bagi soalan di atas.

Pada umumnya, pengamal Reiki boleh merasakan hawa panas. Setelah berlatih dengan rutin beberapa lama, anda akan merasakan hawa panas di sekeliling telapak tangan dan ia akan ketara untuk beberapa ketika.

Tetapi, setelah berlatih lebih lama lagi, hawa panas ini akan berkurangan. Anda janganlah cemas dengan penurunan hawa panas ini kerana getaran / frekuensi tenaga Reiki anda telah selaras denagn tubuh anda. Ibaratnya, jika anda sudah biasa minum kopi panas, lama-kelamaan anda sudah tidak merasa begitu panas lagi. Betulkan??

Moga pencerahan ini bermanfaat untuk semua..


Yakin, Usaha, Pasrah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...