Jumaat, 4 Oktober 2013

TIP-TIP KEKALKAN KESIHATAN SPERMA ANDA

Salam bahagian untuk semua. Moga anda dilimpahi aura positif bagi hari-hari mendatang..

Jika dikatakan lelaki sejati, anda perlu ada kekuatan batin bagi memenuhi tuntutan berumah tangga. Kekuatan batin bukan sekadar anda mampu “beraksi” selama sejam tetapi ia berkait rapat dengan kualiti sperma yang anda hasilkan. Bagaimana kita ingin menigkatkan kualiti dan jumlah sperma seorang lelaki. Di bawah saya kongsikan beberapa tip untuk dijadikan sebagai panduan:

Berhenti merokok sama sekali
Merokok tidak baik untuk kesihatan. Ia boleh menyebabkan nafas berbau. Seorang perokok akan menurunkan kualiti spermanya berbanding mereka yang tidak merokok. Ia berdasarkan kajian dimana sperma orang yang merokok menunjukkan penurunan kualiti berbanding mereka yang tidak merokok sama sekali.

Elak pakai seluar ketat
Seluar yang ketat menyebabkan suhu testis atau “telur” lelaki mengalami peningkatan suhu. Suhu meningkat bermakna kuantiti sperma akan terjejas. Selain ini sekiranya para lelaki mengalami “ereksi” anda akan tidak selesa dan ia menganggu struktur zakar untuk menegang secara semulajadi. Ia boleh menyebabkan zakar bengkok.

Makan makanan seimbang
Amalkan makanan yang seimbang terutama sayur-sayuran dan kekacang. Semuanya harus rendah lemak dan  tinggi kandungan protein. Jangan makan makanan berminyak, terlalu berlemak dan elakkan makanan segera (fast food).

Rancang waktu untuk seks
Jangan lakukan seks terlalu kerap kerana ia menyebabkan air mani menjadi terlalu cair kerana kekerapan ejakulasi. Pembentukan sperma memakan masa jika kerap “keluar” macam mana nak membentuk sperma baru. Selalu sangat keluarnya. Lakukan seks seminggu 3 kali sahaja (ikut sunah nabi).

Katakan tidak pada alkohol
Akkohol menyebabkan hati gagal berfungsi dengan baik sekali gus meningkatkan estrogen dalam tubuh. Kesan estrogen yang tinggi mempengaruhi penghasilan sperma. Estrogen tinggi, sperma kurang. Elakkan minum “air kencing syaitan”.

Selalu bersenam
Anda perlu kekalkan tahap kesihatan anda dengan banyakkan bersenam. Lakukan secara kerap walaupun sedikit. Anda boleh mulakan dengan berjalan laju ke tempat kerja atau menaiki anak tangga. Biar anda tercunggap ketika bersenam, jangan tercunggap ketika “beraksi” di ranjang.

Lakukan meditasi
Anda perlu sentiasa tenang. Caranya adalah dengan meditasi. Mengikut kajian, meditasi dapat menurunkan tahap tekanan darah tinggi. Jika anda kerap tertekan di tempat kerja, maka anda perlu rehatkan minda dengan meditasi. Anda hanya perlu kosongkan minda dan hayati nikmat nafas yang dianugerahkan oleh Allah.

Sekian dulu dari saya. Moga tip-tip diatas dapat sedikit sebanyak membantu anda untuk menjadi “SIHAT” semula.



Yakin, Usaha, Pasrah..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...