Jumaat, 18 Oktober 2013

Rumahtangga dan Keikhlasan


Salam semua,

Saya tertarik dengan cerita Saidina Ali dan Fatimah Az-zahra.. Keduanya merupakan pasangan suami isteri dan dijamin akan masuk syurga. Namun begitu, mereka tetap bersusah bersenang bersama. Cinta yang dipupuk berdasarkan iman walau diuji sebesar mana pun beban tetap akan utuh sepanjang masa. 

Ada satu cerita berkaitan 2 orang ahli syurga ini dimana sewaktu Fatimah teringin makan roti, Ali pun pergi ke pasar membeli sebuku roti. Semasa berjalan pulang, Ali berjumpa peminta sedekah yang lapar. Lalu Ali memberi sepotong roti kepadanya. Begitulah seterusnya, Ali berjumpa lagi peminta sedekah dan memberi sepotong roti sehingga bekalan roti yang dibawa balik habis disedekahkan. Apabila balik, Ali memberitahu Fatimah yang dia menyedekahkan semua roti kepada orang miskin. Fatimah dengan tenang hanya tersenyum. Fatimah tetap ikhlas walaupun terpaksa menahan lapar. Allah Maha Besar, seketika kemudian Allah mengantikan sebuku roti itu dengan beberapa buku roti yang lain dengan menghadirkan seseorang secara tiba-tiba ingin memberikan roti kepada orang-orang kampung.

Begitulah kisah tauladan, keikhlasan sepasang suami isteri dalam melayari bahtera berumah tangga. Walaupun diuji dengan apa jua dugaan tetap ikhlas menerimanya.

Cuba kita lihat di zaman sekarang. Banyak kes-kes penceraian berlaku saban hari. Malah ia umpama "trend" masa kini. Cuba bayangkan majlis kahwin diadakan dengan begitu "gah' sehingga puluhan ribu tetapi selang beberapa bulan sudah terdengar berita perpisahan.

Kenapa jadi begini??

Kerana tiada keikhlasan. Berkahwin bukan kerana suruhan Allah tetapi kerana "NAFSU" semata-mata. Cinta manusia yang berlebihan menyebabkan mata hati buta sehingga lupa kepada Allah.

Berbanding cerita-cerita kisah dahulu, berkahwin disulami cinta kerana Allah dan Rasul. Umpama cerita Ali dan Fatimah diatas. Meraka walupun tidak kaya tetapi ikhlas dan menyintai pasangan seadanya.

Moga cerita ini sedikit sebanyak dapat membuka mata kita untuk merenung sejauh mana kita ikhlas di dalam bercinta. Jangan biarkan kita dikuasai nafsu kerana kelak kita akan menyesal..

Sekian,

Yakin, Usaha, Pasrah..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...